Makanan Korea Bandar Baru Bangi




Sumber:http://keriitleto.blogspot.com/ 

Milk Moustache Cafe


Sebelum ini saya ada menulis entri berkenaan nama bandar di Korea yang juga di kenali sebagai Bangi (atau Bangi-dong) sila rujuk SINI.  Masih bertemakan Korea, entri kali ini berkenaan restoran makanan Korea di Bandar Baru Bangi yang menjadi pilihan kami sekeluarga.

Restoran yang dikenali sebagai Milk Moustache Cafe ini bukanlah terletak di dalam poskod Bandar Baru Bangi, tetapi sangat berhampiran terutamanya dengan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.


Reading corner at Milk Moustache Cafe
Terdapat seekor kucing di Cafe ini. Will great you with MEOW.

Pertama kali mendengar tentang cafe ini apabila diberitahu oleh anak perempuan dan juga bapanya yang ternampak iklan cafe ini sewaktu dalam perjalanan menghantar abangnya ke sekolah berhampiran.  Setelah itu, simpan angan-angan nak mencuba makanan Korea di cafe tersebut.



We love it here, that smiley face is the one responsible causing us to hook up to this cafe as monthly hangut, Peace sign from the elder brother.



Akhirnya, pada suatu hari tak silap baru balik dari 1 mesyuarat di Putrajaya, kami singgah untuk makan disitu berdua sahaja. Selang beberapa hari kami datang lagi bawa anak-anak.

Asalnya, cafe ini hanya aras bawah, Alhamdullillah pada Disember 2014, sudah berkembang dan mengambil lot atas juga bagi keselesaan pengunjung.  


Ianya selaras dengan situasi ke Seoul, Korea, kerana ada restoran dan cafe yang terletak ditingkat 1.




Pandangan hadapan Milk Moustache  Cafe di Putra Kajang berdekatan silk higway dan juga Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.


Close up Milk Moustache Cafe: The little Seoul in Town 

Knock-knock Milk Moustache Cafe

Antara makanan Korea pilihan kami di cafe ini adalah:

Jajangmyeon; Japche;Sundubu Jinggae; Ramyeon; Kimchi, Rabbuki, Kimbap Special, dan banyak lagi lah

Jajangmyeon dan Japchae



Rabbuki

Terdapat banyak review berkenaan Cafe ini antaranya klik SINI


Sejujurnya, cafe ini membolehkan kami mengimbau kenangan di Korea.
Cafe ini dikendalikan oleh muslimah yang ramah.




Ulasan

  1. Pemilik dan pengusahanya Muslimah fasih Hangul, restoran ini juga telah menerima liputan TV Alhijrah, TV3 dan menjadi tempat shooting bagi beberapa iklan.
    Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut:https://www.facebook.com/Milk-Moustache-Cafe-371880389582252/?fref=ts

    BalasPadam

Catat Ulasan