Pesuruh jaya sumpah di Bandar Baru Bangi

Pesuruhjaya sumpah di Bandar Baru Bangi
__________________________________

Commissioner for Oath at Bandar Baru Bangi







Ada beberapa pesuruhjaya sumpah di Bandar Baru Bangi terutama di sekitar, Diamond kompleks, di Seksyen 9 (ada diantaranya peguam), tetapi saya memilih Puan Raja Habibah kerana lokasi yang mudah diakses, tempat parking banyak, boleh dihubungi dahulu untuk mengetahui sama ada beliau lapang atau tidak. 

Seperti biasa, waktu kegemaran saya untuk bertemu pesuruhjaya sumpah adalah waktu pagi, iaitu tatkala dia mula sampai huhu. Ini bagi mengelakkan proses menunggu.


Pernah juga mencuba perkhidmatan pesuruhjaya sumpah di Hentian Kajang, tapi troublesome kerana parking susah kecuali jika parking atas hentian. Kebiasaannya dihentian Kajang penuh dengan orang menunggu untuk mendapat perkhidmatannya. 

Kadang kala ada terima panggilan dari rakan-rakan yang perlu membuat akuan sumpah bagi proses kemasukkan anak keasrama dan sebagainya.  Oleh itu, dikongsikan disini untuk memudahkan yang nak mencari Commissioner for Oath.

Ini alamat Puan Raja Habibah B424 (0192663362)
No.23-1, Tingkat 1, Jalan 7/7A, 
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Lot pejabatnya sebaris dengan Klinik Annisa, bersebelahan kedai plastik. Pejabatnya pula berkongsi dengan sebuah lagi pejabat lain. Jika dari tangga pejabat pesuruhjaya sumpah adalah disebelah kiri bahagian menghadap jalan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk SINI


Sebelum, menggunakan pakai perkhidmatan Puan Raja, saya ada menggunakan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah di Seksyen 9, Jalan Medan 2B, tetapi pesuruhjaya sumpah mempunyai tempoh yang perlu diperbaharui. 

Jika ianya tidak diperbaharui atau individu tersebut tidak ingin meneruskan perkhidmatan maka tidak boleh menawarkan perkhidmatan. 

Situasi ini kadang kala menyukarkan bagi mereka yang telah biasa dengan khidmat pesuruhjaya sumpah tersebut.

Satu lagi perkhidmatan yang agak sukar dicari di Bandar Baru Bangi ini adalah khidmat Notary Public, terutamanya bagi urusan-urusan yang melibatkan transaksi luar negara.


Harap pos ini membantu.

Ulasan

  1. Pesuruhjaya Sumpah yang baru dibuka di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Terletak di tingkat 1, di atas RBS Restoran. Kedudukannya sebaris dengan Maybank Islamic. Bayarannya murah dan perkhidmatan yang diberi sangat memuaskan, Boleh memberi nasihat berkaitan bidang perundangan memandangkan beliau sebelum ini telah 25 tahun berkecimpung dalam bidang perundangan. Hubungi Pn. Hazlin di talian 019-6002577

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklumat pesuruhjaya sumpah di Seksyen 9.

      Padam
  2. baru lepas affirm dekat pesuruhjaya sumpah seksyen 9. Alhamdulillah pagi-2 dah buka, cas pun mengikut yg ditetapkan. tapi comment di atas salah nombor telefon hihi. nombor Pn. Hazlin 019-6002578.

    BalasPadam
  3. Alhamdullillah, Terima kasih Cik/Pn Amalina Fadzli di atas makluman pembetulan No. Tel Pn. Hazlin.

    BalasPadam
  4. Notary PUblic.
    TETUAN ZURI & CO. NO. 23, TINGKAT 1, JALAN KAJANG IMPIAN 1/2, TAMAN KAJANG IMPIAN, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
    Tel : 0389251699

    BalasPadam
  5. Saya pun dah gunakan khidmat Pn Hazlin (019-6002578), Alhamdulillah.. bayaran pun murah berbanding saya buat kat Bangunan MARA, Jalan Raja Laut tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas maklumbalas Cik Deli Hayat.

      Padam
  6. Assalamualaikum semua, ade ke PS yang buka pada hari Sabtu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum'salam, saya tidak pasti Anna Siti, kebanyakan urusan dibuat pada hari bekerja.
      Sebaiknya telefon dahulu Pesuruh Jaya sumpah tersebut.

      Padam
  7. Ada satu lagi Pesuruhjaya Sumpah yang baru di Bangi Gateway. Sangat senang berurusan dgn Haji Kassim. Parking senang dan percuma. Boleh hubungi beliau di 0192105648

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih perkongsian Pesuruh Jaya Sumpah (Commissioner for Oath) di Bandar Baru Bangi ini.
      Maklumat yang sangat membantu.

      Padam
    2. ad x peseruhjaya sumpah yg xperlukan penjamin semasa sumpah

      Padam

Catat Ulasan