Bangi ada di Korea juga

Percaya atau tidak terdapat sebuah Bandar bernama Bangi di Korea Selatan.

Jika kelmarin ada laporan berita harian pada 8 Mac 2015 rujuk SINI berkenaan asal usul nama Bangi.

Untuk pengetahuan perkataan Bangi bukan hanya di gunakan Malaysia sahaja;
ada juga nama bandar BANGI di Korea Selatan, dikenali sebagai BANGI-dong.

Carian umum yang dibuat menggunakan Google bagi kata kunci Bangi-dong memberikan hit seperti berikut:



















Saya ada membaca sebuah blog yang ditulis oleh seorang guru yang mengajar English dan menetap di Bangi-dong, sila rujuk SINI untuk pautannya.


Nama guru tersebut adalah Cindy Zimmer, beliau mengajar English selama 2 tahun di Korea Selatan dan beliau tinggal di Bangi-dong.  

Katanya di Bangi-dong terdapat pasar yang mana dijual buah-buahan dan keperluan dapur  dan keperluan harian yang lain.

Selain itu, kata guru tersebut, Bangi-dong adalah berdekatan dengan Jamsil Station dan juga Lotte world dimana disitu terdapat Baskin Robbin dan juga lot-lot franchise kegemarannya.  

Seperti juga guru Cindy Zimmer, begitulah perasaan ini dengan Bandar Baru Bangi.Terdapat dua stesen stesen komuter berhampiran iaitu stesen komuter Kajang dan Stesen UKM Bangi, selain itu terdapat juga stesen Bangi lama.

Menurut semakan, didapati terdapat Olympic Stadium, Olympic Museum dan juga kawasan makam lama Beakje di Bangi-dong.

Beberapa foto bersumber dari carian google disertakan disini bersama rujukan asal.

Olympic Park di Bangi-dong sumber gambar: Wikipidia


Gambar Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi. Bangunan tinggi masih boleh dibilang dengan jari.

Tak kurang hebatnya Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi ni. Sama-sama jaga kebersihan dan berharap pihak bertanggungjawab dapat terus mengindahkan lagi Tasik ini.

Sama seperti Bandar Baru Bangi yang mempunyai unsur air iaitu Tasik Cempaka (Cempaka Lake) dan juga Sungai Langat disepanjang laluan dari Jalan Reko dan Seksyen 7.


Olympic park sewaktu musim salji Gambar Tumblr oleh Alex Barlow

Gambar Olympic park di Bangi-dong bersumber dari TUMBLR rujuk SINI, boleh dilihat pokok-pokok disokong dengan kayu. Di Bandar Baru Bangi sentiasa panas " hot and sunny" katanya.


Bangi-dong baekjegobungun Sumber gambar www.stay.com

Seoul Bangi dong Ancient Tomb sumber gambar: www.english.visitkorea.or.kr

























Cuma di Bandar Baru Bangi ini belum ada lagi bangunan yang tinggi-tinggi dan kemasan bandar juga mungkin tidak sehebat Bangi-dong di Korea.

Besar harapan, jika dapat ditemukan dua Bandar ini dan dijadikan bandar berkembar 'twin city" selain Samsung City di Seremban, Malaysia.

visit Malaysia and visit Bandar Baru Bangi


_________________________________

Link bagi visitkorea di SINI


Ulasan

  1. Love all the view,
    make me wanna visit Korea very soon :)

    BalasPadam
  2. Ya, Korea is beautiful and scenic, lots of hills (which they call "san") like Namsam (Nam hill).There you can find Namsan Tower, Teddy bear museum and many more.

    BalasPadam

Catat Ulasan