Menginap di Evosoho suite dan pemandangan sekitar Bandar Baru Bangi

Pemandangan sekitar Bandar Baru Bangi dari EVOSoho Suite.


Menghabiskan masa di EVOSoho Suite semasa tahun baharu 2018 dan hujung minggu yang lalu. 

Anak-anak gembira kerana dapat mandi di kolam dan santai di Jacuzzi.

Kolam di EVOSoho Suite ini pula luas lebih luas dari kolam di Le Meridien Putrajaya.
Kedalaman kolam pula sekitar 4.5kaki jadi ianya tidak begitu dalam dan sesuai bagi dewasa dan kanak-kanak sekitar 7tahun keatas, manakala bagi bayi dan kanak-kanak yang rendah ada juga kolam bagi kanak-kanak atau "wadding pool".

Bagi saya, kelebihan EVOSoho ini adalah dapat melihat pemandangan yang indah dari tingkap unit EVOSoho pada waktu siang dan malam. Boleh leka melihat keluasan maya dan terasa diri ini seakan sebahagian dari alam itu sendiri. Tidak pula merasa jemu melihat pemandangan dan pergerakan disekitar.

Bila subuh kedengaran azan dari beberapa masjid disekeliling EVOSoho antaranya Masjid Alhasanah dan Masjid-masjid di Sg. Ramal.

Unit ini mengadap matahari naik diwaktu pagi, oleh itu selepas Subuh dapat dilihat "sunrise" dari balik-balik bukit bukau nan sayup mata memandang.

Berikut dua gambar dari tingkap berasingan:

Sunrise dari hall EvoSoho Suite  Duplex Type C-facing pool

View from Room 3 EVOSoho Suite Duplex Type C facing pool.

Menjelang pagi, anak-anak sudah bersarapan ringan dan ingin ke kolam, agak 2jam jugalah aktiviti mereka di kolam.

Pemandangan kolam 
Masih pagi jagi kolam ini milik kita sahaja.

Angin sepoi-sepoi bahasa pagi ini.


Setelah penat bermain apalagi masa untuk makan tengahari, tapau nasi ayam penyet sahaja dari restoran disekitar Evosoho. Jika tak larat jalan kaki boleh juga gunakan Obike.  Menghabiskan masa di Evosoho bermain board game dan menonton TV. Anak-anak seperti ibunya tidak ketinggalan juga mengambil gambar. Maklumlah,  sekolah akan bermula.


Malam pun menjelma, disini disertakan juga pemandangan waktu malam dari unit Evosoho ini.

Subhanallah waalhamdulillah. Cantik sungguh pemandangannya.


Kami kembali lagi pada hujung minggu yang lalu dan anak-anak siap membawa kerja sekolah mereka.  We love it here.

Disini disertakan link ke youtube pemandangan menggunakan drone yang diambil oleh jiran di Evosoho suite.
EvoSoho Suites

Video oleh MdZu:

Banyak juga unit-unit yang telah siap dan ada yang menambah kemasan dalaman unit EVOSoho mereka ianya untuk disewakan dan kebanyakannya adalah untuk homestay dan rumah penginapan  hujung minggu .

Ada iklan-iklan di Airbnb tentang penawaran unit-unit penginapan Evosoho untuk ditempah.
Bolehlah cuba ya.

Evomall akan dibuka tidak lama lagi dengan AEON Wellness, AEON Max Value, DAISO, Parkson, Manhattan Fish Market, Big Donut dan banyak lagi jenama lain.

Ulasan

  1. Seronoknya dpt tgk pemandangan sunrise.. Kalau turun kl.. Blh la try mginap kat sini..

    BalasPadam
  2. Wahhh cantik evosoho permandangan yang menarik tu .. Ada pulak kemudahan lain lg

    BalasPadam
  3. Menarik.. anak Kak Sue kalau bermalam di hotel mesti nak cari yang ada kolam.. suka sangat dapat mandi kolam..

    BalasPadam
  4. Wah... Tak sabar nak tunggu Evomall bukak. Weekend hari tu lalu depan Evo ni. Bangi makin maju dah sekarang.

    BalasPadam
  5. Cantiknya view kat situ. Rumah saya tak sampai 5 minit je dari Evo Mall tapi tak pernah lagi nak melawat ke situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh datang masa EVOMALL dilancarkan sepenuhnya. Buat masa ini bahagian mall masih dalam proses ubahsuaian oleh retailers. Signage Parkson sudah mula dinaikkan.

      Padam
  6. Macam menarik je evosoho ni. So far belum pernah baca blogger lain tulis pasal evosoho ni. Kalau bawak budak-budak time cuti sekolah or weekend, mesti dorang suka.

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat duduk tempat yang cantik dan selesa siap ada pool lagi kalau kita pagi2 akan sarapan kat pool jer hehehhehehe....

    BalasPadam
  8. Wow cantiknya view waktu malam. First time dengar nama EvoSoho nie. Boleh lah bawak family luangkan masa di sini. Yg penting ada pool. Budak2 suka !

    BalasPadam
  9. Menariknya. Boleh la sewa sini masa pergi jalan2 di sana. Hari2 boleh mandi kolam yipie.

    BalasPadam
  10. Boleh la datang sini jalan2 makan angin. Boleh mandi kolam. Adik ika sure suka.

    BalasPadam
  11. looks like a good place to stay. especially after evomall open then will be even a better place, especially for those doing airbnb.


    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  12. Cantiknya view... Elok sangat tgh stress bekerja dtg sini cari ketenangan

    BalasPadam
  13. woww... cantiknya gambar sunrise tu.. indahnya kejadian ciptaan Allah kan.. apa-apa pun evosoh suite ni nampak sangat selesa dan punya view yang cantik juga.. kolam tu pun macam best je untuk mandi.. menarik sangat

    BalasPadam
  14. Such a beautiful view, if any of my friends looking for a place to stay I'll recommend this.

    BalasPadam
  15. Wah cantiknya..best la.kalau ada rezeki lebih boleh la dijadikan sebagai pelaburan utk buat airbnb kan

    BalasPadam
  16. Wah ada jacuzzi ye. Bestnya. Cantik view dr atas tu.rasanya kalau stay di sini dah tak perlu ke mana sebab semua lengkap. Restoran pun ada berdekatan. Yg plg best siap boleh dgr azan. Susah nak jumpa ni.

    BalasPadam
  17. I have seen the place when I passby that area. Never know such a nice place to stay.

    BalasPadam
  18. wow selalu lalu bandar baru bangi tak sangka ada penginapan mewah macma ni kat sini tau :)

    BalasPadam

Catat Komen