Notary Public di sekitar Bandar Baru Bangi


Ada rakan-rakan yang sering bertanya dimana untuk dapatkan khidmat pesuruh jaya sumpah di Bandar Baru Bangi ini. 



Oleh kerana kesukaran tersebut maka satu perkongsian telah dibuat di Pesuruhjaya Sumpah Bandar Baru Bangi pada tahun 2015. 





Tetapi lebih sukar untuk mendapatkan perkhidmatan "Notary Public" atau "Notari Awam" di kawasan Bandar Baru Bangi dan sekitar.  Secara umumnya bilangan Notary Public di Malaysia adalah kurang jika dibandingkan dengan bilangan pesuruhjaya sumpah.


"Notary Public" biasanya akan memperakui dokumen dan/atau akuan.

Contoh perkara-perkara yang memerlukan khidmat Notary Public adalah:

1. Dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke luar negara.

2. Urusan mengambil pekerja asing.

3. Dokumen perjanjian perniagaan, pembelian hartanah antarabangsa.

4. Lantikan wakil atau Power of Attorney.

5. Pengesahan salinan dokumen asal atau "certified true copies"

6. Affidavit dan Exhibit.

7. Pelajar asing yang perlu mengesahkan thesis Sarjana (Master/PHD)

Hanya peguam yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun boleh memohon untuk menjadi Notary Public dan memerlukan proses lantikan dari pihak Kerajaan Malaysia untuk memberikan perkhidmatan sebagai Notary Public.


Kebiasaannya menggunakan khidmat Notari Awam (Notary Public) oleh:





Dato' Mohd Aimi Zaini bin Mohd Azhar
Notary Public/Notari Awan




Alamat:

No. 22A, Tingkat 1, Jalan Diplomatik, Precint 15, Putrajaya.

No Tel: 03-88931825 
No Hp: 0192258885
Email: aimizaico@gmail.com



Boleh search Google Map disini. 



Beliau juga merupakan Pesuruh jaya sumpah.


Agak sukar juga mencari parking di sini, digalakkan untuk datang berteman jadi ada yang boleh menunggu di kereta. 






Terdapat juga Notary Public lain di sekitar Bandar Baru Bangi iaitu:

- Tetuan Wan Juhrah & Co di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

- Tetuan Zuri Zabuddin Budiman di Taman Kajang Impian.




Untuk makluman:

kos perkhidmatan Notari Awam atau Notary Public  ini adalah ditetapkan oleh kerajaan. 

Kos menggunakan Khidmat Notari Awam atau Notary Public ini juga adalah tidak sama seperti kos perkhidmatan pesuruhjaya sumpah.






Ulasan

  1. ilmu baru untuk sha harini, baru tau mengenai notary public ni

    BalasPadam
  2. Oooo..x sama kosnya dengan pesuruhjaya sumpah..ok ilmu baru...thanks for sharing dear

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Manalah tahu ada anak-anak nak belajar diluar negara.
      Dalam senario lain, jika kita ada masalah kehilangan dokumen sewaktu diluar negara, sebagai warga asing kita juga perlu menggunakan "notary public" dinegara asing tersebut.
      Harap maklumat ini bermanfaat.

      Padam
    3. baru taw pasal notary public ni.. terima kasih pengkongsian ni.

      Padam

Catat Ulasan