EVOSOHO DI BANDAR BARU BANGI

EVO SOHO SUITE di Bandar Baru Bangi



Bagi yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi pasti sentiasa melihat kawasan yang dibangunkan bersebelahan dengan bangunan PKNS Bandar Baru Bangi yang kini telah tersergam bangunan 32 tingkat. Projek ini dibangunkan oleh PKNS-Andaman  yang melibatkan unit pasaraya dan juga unit soho di atasnya. 


Dijangka nama-nama besar akan memasuki ruang pasaraya seperti PARKSON dan AEON Big. EVOMall dijangka memulakan operasinya pada awal tahun 2018 nanti. Manakala, jangkaan penduduk SOHO (Evorian) akan mula memasuki EVOSOHO Suites bermula Disember 2017.








-----------------------------
 Gambar di bawah diambil dari pejabat dikawasan Seksyen 9
 -----------------------------

Evosoho suite Bandar Baru Bangi dari Seksyen 9




Blok A adalah berjalur Biru manakala  Blok B berjalur kuning. 






Berikut pula  merupakan sudut pandangan dari EVO SOHO Duplex  Type D di Blok A.

Dari kawasan tingkap boleh kelihatan Mc Donald Bandar Baru Bangi.


Pandangan dari Blok A Duplex type D EvoSoho

Ini pula pemandangan dari tangga duplex D ke arah Bangi Sentral dan Masjid Al Hasanah (Masjid Hijau).



 Masjid hijau boleh dilihat oleh semua SOHO yang menghadap Bangi Sentral. 






Pandangan di dalam EVO SOHO Type D yang hampir lengkap.


EVOSOHO  Suite Type D 
 Sumber: gambar  dalaman EVOSOHO Iklan dari WA Faizal REN
--------------------------------------------------------------------


Manakala di bawah ini pula adalah pemandangan dalam EVOSOHO Suite Type C di Blok B



EVOSOHO Suite Type C at Block B 


Ini merupakan kawasan taman bagi riadah di belakang Blok A.

Taman  di belakang Block A




---------------------------------------------------------------

Pemandangan dari Blok A  Duplex Type C. 

Boleh dilihat laluan persiaran Bangi, bangunan PKNS Bangi,  Taman Tasik Cempaka, Hotel Bangi Putrajaya dan kawasan perumahan sekitar.





Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah:

  • Surau bagi Komuniti Evo (di Blok A)
  • Kolam renang 
  • Jacuzzi
  • Barbeque Pit
  • Gynasium
  • Bilik persalinan
  • Taman 
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Water cascade-taman ikan koi






Kolam renangnya agak luas dan tidak berapa dalam lebih kurang 1.5 meter.




Mungkin ada unit-unit SOHO suite yang akan disewakan, dijadikan homestay atau dijadikan rumah percutian. Ada yang mungkin menggunakannya sebagai  pejabat (small office). 



Dikhabarkan soho ini berpontensi untuk disewakan kepada pelajar Universiti ataupun bakal-bakal pekerja di EVOMall dan pekerja kawasan sekitar seperti hospital AzZahrah dan juga Hotel baharu iaitu Hotel Tenera.

Kita tunggu sahaja perkembangannya.

Sumber-sumber gambar adalah milik persendirian penulis dan ada diantaranyanya adalah milik pihak ke-3.





#Evosoho
#BandarBaruBangi

--------------------------------


Ulasan

  1. Wah... nampak selesa dan banyak kemudahan juga di sini dan sekitarnya!

    BalasPadam
  2. Wah, mewah!
    Nampak best je Soho ni... Kemudahan pun banyak.
    Betul jugak idea nak sewakan tu, ataupun, buat AirBnb =D

    BalasPadam
  3. Nampak modern, mewah dan banyak facilities...investment baik punya kalau sewakan...

    BalasPadam
  4. memang suka dengan design soho, memang nampak exclusive dan menarik sangat. selalu tinjau rumah soho dekat shah alam ni, dekat seksyen 16. dekat bangi ni pun cantik. rumah impian. semua kemudahan lengkap. rumah impian, hope dapat beli suatu hari nanti. inshaAllah

    BalasPadam
  5. Wow bestnya rumah ni mewah hehehe tak mampu lak nak beli hehehehe mampu tengok jer siap ada kolam renang.

    BalasPadam
  6. Membangun dah Bangi. Zaman belajar dulu cuma ada kawasan perumahan depan tu je. Memang cantiklah rumahnya.

    BalasPadam
  7. Kemudahan yang ada nampak boleh tahan semuanya. Nampak mewah dan selesa untuk didiami

    BalasPadam
  8. Dasyat bangi sekarang ni...berbeza sangat dengan 10 thun lepas

    BalasPadam
  9. Iday memang suka rumah dengan tingkap besar macam ni, best nak layan view. Lawa la. Sekarang memang banyak buat style2 rumah macam ni. hehehe

    BalasPadam
  10. wow nampaknya very high class. bagus jugak kalau invest dekat sana. bangi ada banyak industrial area kan.

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  11. Nampak macam best je. Pada yang berkemampuan bolehlah buat pelaburan tambah aset ni. Nampak selesa.

    BalasPadam
  12. Saya duduk kajang tak jauh dr bangi. teringin juga nak beli rumah lagi 1. tapi, rasanya kewangan belum mengizinkan lg

    BalasPadam
  13. So far bangunan ni tinggi kat bangi. Lepas ni makin crowded lah area tu

    BalasPadam
  14. Kalau ada lbh duit mmg teringin nk beli. Utk investment. Cuma skrg ni kena dok dendiam dulu sb ekonomi tgh gawat..hehehe

    BalasPadam
  15. Wah Bangi dah macam-macam ada. Nanti nak pi tengok, kot bleh melabur ke. Hahaha

    BalasPadam
  16. perghhh...idaman sgt ni...makin membangun area Bandar Baru Bangi sekarang ni..

    BalasPadam
  17. now mostly SOHO concept right. it's like the new trend. not many in penang yet.

    BalasPadam

Catat Ulasan