Ostia Bangi Business Avenue di Bandar Baru Bangi

Ostia Bangi Business Avenue di Bandar Baru Bangi


Sumber: Propwall



Lokasi Ostia terletak berdekatan dengan Tol Bangi , untuk lebih tepat lagi bersebelahan tol Bangi.
Kompleks Ostia telah siap pada awal tahun yang lalu dan ada beberapa pejabat dan butik telah beroperasi di situ.  Antaranya Prima Valet yang dibuka sewaktu bulan Ramadan yang lalu, mengambil kesempatan pengunjung-pengunjung yang hadir ke Bangi Sentral untuk membeli-belah.

Selain dari Prima Valet terdapat juga Akademi Al-Quran Arrayan (AQAR), dan terkini dimaklumkan ibu-pejabat perusahaan Momma juga akan berpindah ke Ostia, Bandar Baru Bangi.  Papan iklan dapat di lihat apabila memasuki laluan ke tol Bangi.

Ostia juga terletak bertentangan dengan Kompleks Bangi Gateway. Berdekatan juga adalah restoran makanan laut.

Oleh itu Ostia, merupakan kawasan yang berpotensi tinggi untuk menarik peniaga atau usahawan membuka pejabat mereka di sana. Kebiasaanya usahawan baharu mencari ruang pejabat untuk disewa.

Kebanyakan pejabat, restoran, spa dan butik-butik di Bandar Baru Bangi tertumpu di kawasan Pusat Bandar Baru Bangi iaitu di Seksyen 9, Paragon Point, Bangi Sentral dan PKNS.  Oleh itu, kehadiran Ostia Bangi Business Avenue memberi pilihan bagi usahawan-usahawan baharu untuk memiliki suatu alamat perniagaan yang agak menarik.

Ostia juga berdekatan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), besar kemungkinan nanti UKM juga akan menggunakan bangunan tersebut  (mungkin).


#pejabat
#sewa

Ulasan

  1. I tak pernah ke situ lagi, macam best juga and berpotensi tinggi untuk maju sebab lokasi nya stategik.

    BalasPadam
  2. Hai nuha...saya blogger dari bangi juga....salam perkenalan ye...saya dah follow sini

    BalasPadam
  3. Saya dulu duduk di Kuarters Nuklear... rindu nak pergi bangi lagi,...

    BalasPadam
  4. Patut la pernah nmpk..sebab kt sebelah tol bangi je kan

    BalasPadam
  5. Nama jer orang Bangi. Tapi tak pernah pergi Ostia lagi. Lalu jer ☺☺

    BalasPadam
  6. Lokasi yang sangat strategik. Sebab tu kami di QlavenderSpa pilih lokasi ni untuk Sekolah latihan Mobile Spa kami. Ofis kami di blok tengah, tingkat 2. Terus anda boleh lihat sebaik saja berhenti di tol bangi. Free Advertising. Konfirm terus nampak banner QlavenderSpa.

    Boleh la wasap Azry di 016-3589585 atau Dyanna di 010-7793585 sekiranya berminat untuk menjadikan bisnes spa yang mendapat pulangan lebih RM10,000 sebulan hanya dengan facial sahaja.

    BalasPadam
  7. tumpang ya tuan tanah.. klau ada berminat nak sewa office/kedai disini boleh contact saya 0195022051 kemasukan jan 2020. tingkat 2,block A. TQ TQ

    BalasPadam

Catat Ulasan