Denggi di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Kes denggi semakin menjadi-jadi, kali ini makin ramai bayangkan 3 orang dari sebuah keluarga boleh dijangkiti demam denggi dan dimasukkan ke hospital. Lebih membimbangkan seorang darinya dimasukkan ke ICU.

Oleh kerana kebimbangan itu, pihak Majlis Perbadaran Kajang (MPKJ) telah bekerjasama dengan penduduk kawasan Seksyen 7 bandar Baru Bangi terutamanya di Taman Tun Teja mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar.

Ada jiran-jiran yang rajin menanam pokok yang besar dan cabang atau dahannya melebihi kawasan pagar. Menyebabkan daun-daun berguguran masuk ke longkang. Ini merupakan salah satu punca yang menyebabkan longkang tersumbat.

Masalah utama adalah dikawasan laluan jalan di belakang rumah.


Kerjasama membersihkan laluan jalan dilaksanakan pada 24 September yang lalu.
Sebahagian dari foto-foto pada hari tersebut.



Menghilangkan dahaga sebentar

Setelah selesai gotong royong 




Pada 30 September, van kesihatan masih membuat rondaan di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.
Pegawai pemeriksa mengunjungi setiap rumah dan memeriksa kawasan rumah.



Diberitakan rawatan bagi denggi ini adalah hidrasi, iaitu perlu memastikan badan mempunyai cukup air. Denggi berpunca dari virus, buat masa ini tiada ubat khusus untuk denggi.
Bagi saya ada satu sahaja ubat yang berkesan untuk denggi, pertama meningkatkan tahap imunisasi, dengan permakanan yang baik dan yang kedua ialah memastikan tiada sumber yang membolehkan vektornya iaitu nyamuk aedes untuk membiak atau dalam kata lain pencegahan.

#denggi #penawar #cegah #kebersihan #gotongrotong #MPKJ

Ulasan

  1. Alhamdulillah. Aktiviti sebegini wajib dilakukan setiap bulan. In shaa Allah, kita boleh cegahnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan