Dari Bandar Baru Bangi ke KL Eco Forest Park Bukit Nanas

Sabtu lepas 21/10/2017 merancang ke KL Eco Forest Park di Bukit Nanas.


Asalnya, ianya rancangan adik dan ajak anak-nak untuk ke sana. Tetapi mama pun nak ikut sama.

Maka pagi-pagi adik hantar mesej mengatakan sudah dalam perjalanan ke rumah. Apalagi bersiap-siaplah masing-masing pagi Sabtu itu.  Adik dan famili sampai lebih kurang jam 8.30pagi dan kami bertolak ke stesen MRT Kajang melalui Jalan Reko dan naik ke tingkat 2 ditempat letak kereta. Perlu ambil tiket parkir. Kami ke tingkat 3 yang bersambung dengan platform Komuter dan MRT munggunakan lift.

Pergi dengan anak-anak 2 orang dan keluarga adik 3 orang - jumlah 6 orang semuamnya.
Masing-masing menambah nilai kad Touch and Go di mesin tambah nilai yang disediakan. Umur dibawah 6 tahun tiada caj untuk menaiki MRT.

Kami bertolak dari Stesen MRT Kajang menuju ke Stesen MRT Bukit Bintang.
Stesen MRT Kajang merupakan stesen pertama oleh itu sewaktu naik, masih kosong tidak terlalu ramai penumpang dan dapat lokasi di hujung.
MRT ride dari Kajang ke Bukit Bintang
MRT ride

Maka bergeraklah kami naik MRT ke Bukit Bintang.  

Perjalanan melalui 10 stesen sebelum sampai ke destinasi MRT Bukit Bintang. Keluar sahaja dari MRT Bukit Bincang dan berjalan sedikit sudah boleh lihat pemandangan dibawah.


Sampai dipersimpangan di depan ada Starbuck, Mc Donald.

Sampai disana bereakfast sekejap di Mc Donald.


Sarapan pagi disini.

Monorel Station jika bergerak ke kanan disitu adalah MRT Stesen


Gambar di atas adalah dari tingkat 1 restoran Mc Donald dipinggir jalan. Selesai makan kami pun bergerak  ke stesen Air Asia MONOREL Bukit Bintang untuk ke Bukit Nanas. Tak menunggu lama Monorel sampai, agak-agak 3 stesen dah sampai ke dan exit Bukit Nanas.

Dari Bukit Nanas jalan kaki ke Pintu masuk KL Eco Park, berpeluh jugalah ada 30min jalan kaki. Lalu di tepi Muzium Telekom sebelum sampai ke KL ECO Park.

Sewaktu berjalan kaki dari Air Asia Monorel Bukit Bintang tu, ternampak sebuah hotel yang di penuhi pokok. Ini lah konsep vertical garden di kawasan Metropolitan yang sebenar.



Sampai di KL Eco Park masuk ke rumah tradisional untuk pameran indoor dan visual. Ada barcode di setiap gambar.


Pintu masuk Taman Eko RImba KL

Direktori Taman Eko Rimba KL

Didalam Galeri interaktif NRE 

Selepas selesai disitu bergerak ke kawasan hutan simpan Canopy walk, perlu naik tangga dan untuk naik ke jambatan gantung.

Canopy Walk Taman Eko Rimba KL KL EcoForest Park


Jambatan Gantung di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur  (KL ECO FOREST PARK) 

Ada beberapa tingkat jambatan gantung ini, perlu memanjat tangga setiap kali bertukar level. Penat jugalah mendaki.


Jambatan Gantung di KL EcoForest Park bertingkat-tingkat.

Pemandangan dari kawasan atas ini menarik, disebalik daun-daun pokok boleh kelihatan bangunan tinggi dan juga Menara Kuala Lumpur.



Setibanya dipenghujung berdekatan dengan pintu  masuk Menara KL kami pun mendaki dan berehar sebentar. Ada penjual Aiskrim berdekatan dengan I Love Kuala Lumpur. Di situ juga ada rumah kecil terbalik seperti konsep rumah terbalik di Sabah.


Sampai disini dah jam 1.30petang maka kami ambil keputusan untuk memanggil perkhidmatan UBER untuk ke Sungai Wang Plaza.




Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kesempatan boleh datang menjenguk, sudah banyak perbezaannya.

      Padam
  2. Bestnya kalau duduk hotel yang penuh pokok tu.... rasa nak cuba nanti...

    BalasPadam
  3. belum pernah naik mrt, tapi bestnya kl eco forest tu! walaupun penat mesti best kan? hehe

    BalasPadam
  4. Tenangnye tgk kehijauan di sini

    BalasPadam
  5. Seriusly cantik bertical garden tue . Unik lain dari yang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Vertical Garden Cik Cappucino Latte.
      Memang cantik.

      Padam
  6. Betul-betul tak sangka tengah-tengah bandaraya KL ada tempat nature macam ni.

    BalasPadam
  7. Jambatan gantung tu best. tak sangka ada hutan kecil tengah bandar kl ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada beberapa laluan ke Menara Kuala Lumpur melalui hutan simpan lebih baik terutamanya jika ianya berdekatan dengan Exit Bukit Nanas dari .Air Asia Bukit Bintang Monerel.

      Padam
  8. Bestnya tak sempat lagi jejak kaki ke situ

    BalasPadam
  9. Menariknya ika nak datang jalan jalan sini la nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan