Menarik Bandar Baru Bangi ada butik Siti Norhaliza

Minggu lalu agak kesibukan dengan urusan abah dan makcik, abah ada check up di Institut Jantung Negara (IJN) dan perlu kesana 2 hari berturut-turut. Abah dicadangkan admit untuk rawatan susulan, walaubagaimanapun abah minta untuk rawatan dirumah dengan makan ubat dan check up susulan di klinik kesihatan berdekatan rumahnya.

Ajak makcik ke Bangi Sentral selepas balik dari urusan IJN pada hari pertama, maklumlan bukan selalu makcik dapat berjalan keluar. Maka pergilah kami berdua ke Bangi Sentral dan parking di hadapan  Butik tudung Absolute. Di butik tudung Absolute, makcik mencuba beberapa jenis tudung, tapi dia hanya berminat tudung yang ada soft owning dan terbeli 3 helai😄.

Sesekali jalan-jalan di Bandar Baru Bangi dan Bangi Sentral nikan. Bukan selalu.

Hari hujan lebat pula, maka kami ambil peluang lagi berjalan menjenguk beberapa butik di sekitar, antaranya Butik Siti Norhaliza. 


Butik Siti Norhaliza telah dilancarkan pada bulan May 2017.Sumber gambar dari Berita Harian

Berita tentang pembukaan butik Siti Norhaliza ada dilaporkan oleh Berita Harian boleh rujuk Butik Siti Norhaliza Bangi Sentral.

Butik Siti Norhaliza ini terletak sebaris dengan Butik Absolute dan kedai konsep Alikhsan.

Banyak juga pilihan pakaian yang di jual tetapi harganya agak mahal sedikit.
Tambahan lagi pakaian  saiz plus-plus macam tiada, koleksinya lebih kepada gaya Dato' Siti Norhaliza.  Kebanyakan koleksi juga merupakan kurung moden atau kain payung dan baju kurung  moden pendek.

Hiasan dalaman butik juga menarik dengan pilihan warna cerah menampakkan keluasan butik dan ambiance yang sesuai untuk para pengunjung butik pakaian Siti Norhaliza.

Bertambah meriah nampaknya Bangi Sentral dan ini juga bakal menarik potensi pelanggan dari pembeli biasa dan mungkin akan menarik peminat-peminat fesyen dan hijabista untuk berkunjung ke Bandar Baru Bangi pada hujung minggu, semasa cuti panjang atau menjelang hari raya,




Ulasan

  1. wow.. must be exciting that that got Siti Nurhaliza's new boutique there now... must go and check it out someday

    BalasPadam
  2. i can reccomend this plca to my friends

    Racheal

    BalasPadam
  3. Wow! Never knew about it but it will be cool to just check out her boutique. She's a really great artist!

    BalasPadam
  4. Wow I had no idea that Siti Nurhaliza has a boutique in Bangi. I wonder if I can bump into her there??

    BalasPadam
  5. Wow, cool never knew she has a boutique! I shall check it out one day. Thanks for sharing :)

    BalasPadam
  6. Baru tahu dato ct ada butik sendiri dah

    BalasPadam
  7. Being one of Malaysia's most iconic artist, she sure strives to put the brand further into the beauty industry. Hope all her trendy fashion style look good on me.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  8. Wah siti ada butik dgn bangi? Boleh plan nk singgah la kalau macam ni. Hehe

    BalasPadam
  9. dekat !! hee~ memang boleh sangat nak menyinggah ni.. habis la duit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...gitulah jika pandai bershopping.

      Padam
  10. wow dato siti ada butik rupany, ketinggalan zaman betul..

    BalasPadam

Catat Ulasan