Kes Denggi meningkat di sekitar Bangi.

Bulan September ini sahaja sudah beberapa kali menerima makluman dari van kesihatan berkenaan penyemburan benteras denggi, atau fogging. Kebiasaannya van kesihatan  memaklumkan sebelum fogging dibuat.

Sudah beberapa petang, proses fogging dilaksanakan disekitar perumahan Taman Tun Teja, Seksyen 7 ini. Dimaklumkan juga, kawasan kejiranan Tun Teja iaitu Taman Kajang Mewah mencatatkan kes denggi yang tertinggi di Malaysia.

Memeranjatkan 😓.



Selalu maklumkan anak-anak supaya awal masuk ke rumah terutama sebelum senja. Sebagai inisiatif tambahan kami membeli natural and water based mosquito repellent. Beli sewaktu Halfest, tempohari jenama Gramp's.

Sebelum ini, van kesihatan juga kelihatan di waktu pagi, pegawai-pegawai kesihatan membuat rondaan dan menjenguk ke rumah-rumah dan memberi notis tampal di rumah yang mempunyai potensi pembiakan denggi.  Ada beberapa jiran yang menerima notis tampal.

Rakan komuniti juga digalakkan untuk mengemaskan sekitar rumah masing-masing dan beberapa sesi gotong royong telah dibuat.

Selalunya, sambil-sambil membasuh baju dibelakang rumah, kemas-kemas serba sedikit rumput-rumput yang tumbuh dan bakar sedikit.  Ada jiran yang gemar menaman pokok-pokok yang merimbun, daun-daun yang gugur jika tidak dikemaskan boleh menyebabkan longkang tersumbat.

Selalunya ada pihak dari MPKJ yang akan mesin rumput dan membersihkan longkang, tapi rasanya dari cerapan dah lama juga tiada orang mesin rumput dan membersihkan longkang di lorong  belakang.

Dijangka akan ada beberapa siri gotong royong mengikut jalan di Taman Tun Teja.
Perlu berusaha untuk mengekal kesihatan dan mengekang potensi jangkitan. Semoga warga Bangi rajin mengemaskan kawasan sekeliling rumah dan ianya juga riadah.


Bersedih juga perkhabaran Maahad Tahfiz di Keramat yang terbakar pada 14 September 2017 mengorbankan 23 nyawa, malah lebih menyedihkan penemuan bahawa kebakaran dan kehilangan nyawa dan harta benda tersebut di sebabkan perbuatan khianat berpunca dari dendam. Kematian termuda adalah berumur 6 tahun.  Sebelum itu. Sultan Kedah juga mangkat pada umur 89 tahun.

Masa di dunia ini tidak tahu jangkanya,



Ulasan

  1. Ya banyak kes denggi di sekitar Bandar Baru Bangi sekarang.

    BalasPadam
  2. How awful to hear that their is an increase of dengue in Bangi! Weather has been acting up a bit recently so hope it doesn't get worse..

    BalasPadam
  3. Denggi memang bahaya . Kena Satu kali, Saya mula takut sebab buka senang nak baik. Kena pastikan sekitar bersih dan tak ada denggi.

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing! I once had denggi before, it was really important to keep our house environment clean all the time =)

    BalasPadam

Catat Ulasan