Hospital di Sekitar Bandar Baru Bangi

Hospital di sekitar Bandar Baru Bangi



Beberapa rakan dan ahli keluarga jiran dimasukkan ke hospital atas pelbagai sebab. Tetapi, yang paling kebiasaan penyebabnya adalah demam denggi.  Dimaklumkan kawasan Taman Kajang Mewah merupakan kawasan dengan kes denggi tertinggi di Malaysia. Ya bukan di Selangor, di Malaysia.

Oleh kerana penempatan S7 berdekatan dengan Taman Kajang Mewah, maka beberapa minggu ini sahaja telah beberapa kali proses "fogging" di lakukan.  Sewaktu menamani anak berjumpa Dr di salah sebuah hospital disekitar Kajang-Bangi, telah berjumpa 3 keluarga dari kawasan S7 Bangi yang juga mendapatkan rawatan. Ada yang ditempatkan di ICU kerana platlet darah terlalu rendah.

Untuk memudahkan rujukan, berikut adalah senarai hospital yang di sekitar Bandar Baru Bangi.

Hospital Islam Azzahrah;
Hospital ini terletak di Pusat Bandar Baru Bangi berdekatan dengan Masjid Al Hasanah dan juga Bangi Sentral.

No hubungan:


















Hospital Pakar AnNur (An-Nur Specialist Hospital)
Juga terletak di Pusat Bandar Baru Bangi.
Alamat: No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

No hubungan:   03-8926 6060
laman sawang: www.annur.com.my





Hospital KPJ Pakar Kajang
Terletak di Bandar Kajang berdekatan Tesco dan Stadium Kajang di Jalan Cheras dan Stesen MRT Sg Jernih.

T: 03-8769 2999
laman sawang: http://kpjkajang.com/







Hospital Serdang
Terletak bersebelahan Mardi Serdang dan UPM
Alamat:
Hospital Serdang,
Jalan Puchong,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
No Talian Utama : +603-8947 5555
Laman sawang: Hospital Serdang





Hospital Kajang
Terletak di Bandar Kajang.

Hospital Kajang,
Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor
Tel - 0389133333
Laman sawang: 

Hospital Kajang




















Bagi kesemua Hospital yang disenarai masalah utama adalah kawasan parkir yang terhad.


Ulasan