OKI SETIANA DEWI BUTIK HEBAT DI BANDAR BARU BANGI

Persekitaran Bandar Baru Bangi CBD semakin meriah dengan butik-butik dan outlet-oulet baharu.
Terkini jenama dari seberang telah mula memasuki premis-premis di sekitar Bangi, jika sebelum ini Physicon di awal pembukaan Bangi Sentral telag saya ulas di SINI. Kini pula jenama-jenama seperti Rumah Mod telah memasuki Bandar Baru Bangi semenjak sebelum ramadan lagi.


Satu lagi jenama yang tidak ketinggalan memeriahkan lagi Kota Fesyen di Bandar Baru Bangi ini adalah jenama muslimah dari pelakon dan pengacara terkenal Indonesia, iaitu OKI SETIANA DEWI yang jugs dikenali sebagai OSD.

Oki Setiana Dewi telah menyewa premis yang asalnya adalah Butik Exclusive Fareeda, pihak Fareeda telah memindahkan operasinya di kilang baharu di Seksyen 13 Kawasan perindustrian Bandar Baru Bangi dan mengekalkan Butiknya di Seksyen 8 berdekatan CIMB.

Butik OKi Setiana Dewi ini menawarkan pakaian muslimah dengan tudung yang labuh dan fesyen jubah yang terkini. Ada juga cardigan labuh dan dress. Anggaran harga adalah RM 100.00 dan keatas.

Iklan jawatan kosong sebagai pembantu butik telah dikongsikan di page kerja kosong Bandar baru Bangi pada bulan Mei yang lalu.

Gambar ini dikongsikan oleh Puan Shila di laman facebooknya:


Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook: Butik OSD Malaysia.

Jenguk-jenguklah ke Bandar Baru Bangi

#jenama 
#capdagangan
#bandarbarubangi
#jubahmuslimah
#jubah terkini




Ulasan