Mercu tanda baharu Bandar Baru Bangi



Bandar Baru Bangi mendapat perubahan yang segar apabila pihak majlis perbandaran menaikkan satu mercu tanda di simpang tiga Seksyen 8 dan Seksyen 9, iaitu arah masuk dari tol Kajang.
Mercu tanda ini berdekatan dengan Restoran Western Wadi Hana dan Kedai Nasi kerabu dan dagang
MOK SU NAB.

Kawasan di belakang Mercu Tanda ini adalah kawasan tanah lapang yang ditanam pokok-pokok berserta kerusi rehat.  Bandar Baru Bangi yang dikenali Bandar Ilmu ataupun knowledge city yang telah menjadi trademark atau jenama bagi Bandar Baru Bangi.

Akhir- akhir ini kerja-kerja menaik taraf jalan sedang giat dijalankan, Bandar Baru Bangi seakan mendapat rupa baharu.   Sempena ingin menyambut bulan merdeka negaruku Malaysia yang  ke 60 tidak lama lagi, Bandar Baru Bangi tidak ketinggalan akan meraikan 40tahun Bangi.

Taman di belakang Mercu Tanda Bandar Baru Bangi
Di sebelah kiri adalah EVO SOHO dan di sebelah kanan pula adalah Sunway Gandaria yang sedang dalam pembinaan.   Jika terus berjalan kehadapan akan menemui Bangi Walkway sehingga ke Taman Tasik Cempaka. Sepanjang laluan tersebut boleh lihat pelbagai butik dan restoran yang menarik.
Bangku taman yang disediakan.
Adakala waktu habis kerja akan datang kesini dan jalan-jalan disekeliling.

Bagi sesiapa yang tingal di hotel berdekatan contohnya hotel 101, Hotel best view dan hotel Ayuni kawasan taman ini memberikan ruang berehat sebentar dan boleh berjoging sehinga ke Taman Tasik Cempaka.


Jalan-jalan Bandar Baru Bangi, Bandar ilmu
Bandar Baru Bangi the knowledge city

Ulasan

  1. Bagus juga pembangunan di Bandar Baru Bangi ni. Siap tambah mercu baru lagi. Memang nampak well-developed.

    BalasPadam

Catat Ulasan