Menarik berbelanja di Bangi Sentral Butik tudung Absolute and Butik Pakaian MCC

Ahad yang lepas, ada jemputan kenduri kahwin di Putrajaya, maklumlah dah musim cuti sekolah.

Oleh kerana majlis tersebut oleh anak kepada saudara dikampung, maka ramailah saudara-saudara dari kampung hadir meraikan majlis di Putrajaya. Setelah selesai dimajlis walimah tersebut maka masing-masing beransur kembali namun ada diantaranya yang singgah ke rumah untuk solat dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan. 

Setelah minum petang, mak-mak saudara ajak ke Bangi Sentral katanya cuci mata, maka kami 2 kereta bergerak ke Bangi Sentral macam rombongan Cik Kiah ke Bangi Sentral. Jalan agak jem untuk hari Ahad. Alhamdullillah dapat juga parking di Bangi Sentral. 

Maka kedai yang pertama dituju oleh mak-mak sedara adalah kedai tudung absolute. Absolute ini asalnya di tingkat 2, tapi kali ini berpindah ke ground floor. Di Ground Floor ini settingnya sama seperti di tingkat 2 tetapi tiada kerusi. 


Pintu masuk butik tudung Absolute di Bangi Sentral


Ini koleksi tudung Absolute sewaktu Aidilfitri 2016 


Lama juga lah membelek tudung. Akhir nya belanja lebih kurang RM Ratus di situ sahaja. 
Setiap mak saudara paling kurang membeli 2 helai tudung. 
Katanya bukan selalu dapat ke Bangi Sentral.



Selesai di Absolute, masuk beberapa butik lagi dan akhirnya singgah butik Muslimah Clothing MCC, terdapat pelbagai rekaan dan yang paling penting MCC memberikan pilihan 5XL hingga XXS. 
Lama juga lah disini mencuba baju, dan ada juga yang terjebak membeli. Takpalah sekali sekala.   Setelah selesai di Butik Muslimah MCC kami pun bertolak balik kerumah untuk solat dan makan malam. 

Mereka bertolak balik ke kampung malam itu juga.

Keadaan disekitar Bangi Sentral agak sesak juga maklumlah mungkin ada yang berbelanja sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tidak lama lagi.


Jadi bila  ada jemputan sewaktu Cuti  Sekolah di sekitar Bangi, Putrajaya atau Kajang, ambillah kesempatan untuk  singgah dan cuci-cuci mata di Bandar Baru Bangi terutamanya di Bangi Sentral atau Bangi Gateway atau menjamu di restoran di sekitar Bandar Baru Bangi ini. Jika nak Western ada Menate di Jalan Medan 2D, Laman Grill di Kajang Impian atau beberapa lagi di Bagi Gateway. Jika ingin makan seafood, ada juga Ana Ikan Bakar Petai.

Tak lama lagi katanya akan ada Parkson dan AEON BIG di EVO Mall di Bandar Baru Bangi.

#pelbagaibutik
#butikbangi
#butiktudung
#tudungcantik

Ulasan

  1. Saya suka dgn collection tudung by Absolute ..cantik2 design dia

    BalasPadam
  2. Tak pernah sampai Bangi Sentral lagi. Klau pergi sana boleh singgah tengok tudung kat sini.

    BalasPadam

Catat Ulasan