Ronda Uptown Jalan Reko

Uptown Jalan Reko


Jika tidak kemana dihujung minggu, kadangkala meluangkan masa ke uptown jalan Reko atau Uptown Kajang impian bersebelahan SILK highway.

Kali ini ke Uptown Reko Kajang berdekat dengan Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, biasanya pi berdua je naik motor. Sini parking jangan cakaplah sehingga ke Econsave penuh dengan parking.  Gambar di atas di ambil dari kawasan parkir motor.

Kawasan uptown Reko ini bermula dari sisi MY ONE SHOP itu dan ada dua baris gerai sehinggalah kesisi selari dengan Jalan Reko menuju ke Kajang.

Jika kesini biasanya cari air jagung premium dan  makanan untuk supper samada bebola daging cheese, takoyaki dan atau tengkuk ayam.

Belanja gambar satu tong air jagung premium.

Air Jagung Premium
Gerai makanan jangan cakaplah ada macam-macam di jual di uptown ini, gerai burger, kebab, western, macam "extended" pasar malam.Ada juga pelbagai gerai menjual alat mainan kali ini mengikut trend terkini banyak gerai mainan yang menjual Spinner. Dengar kata permainan Spinner ini ada "patent". Selain itu terdapat juga gerai-gerai minyak wangi, kiosk urutan kaki dan gerai menjual pakaian, tudung, t-shirt, cetak t-shirt custom dan macam-macam lagi.  




Cuci mata lihat baju-baju dan tudung di Uptown Reko Kajang


Dalam bulan Ramadan tapak uptown ini merupakan tapak untuk pasar ramadhan. 



Ulasan