Kedai buku baharu di Bandar Baru Bangi

Kali ini nak tulis tentang kedai buku pula.

Ada beberapa kedai buku baharu di Bandar Baru Bangi, salah satunya di Bangi Gateway di Seksyen 15, iaitu MPH Bookstore di aras dua bertentangan dengan Sushi King.  Selalu pi Sushi King mesti anak-anak ajak singgah sebentar di kedai buku MPH ni.


Selain kedai-kedai fesyen dan restoran Korea dan pejabat-pejabat terdapat juga dicelah-celah itu
ada juga kedai buku ala-ala hipster ni namanya Dubook Press berdekatan dengan PKNS Bandar Baru Bangi di kawasan Bangi Sentral.

Jika lalu dibelakang PKNS dari arah McDonald boleh nampaklah kedai buku ini.



Jika lihat dekor nya agak menarik perhatiankan. Sewaktu mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur KLIBF di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Dubook Press kekal menggunakan konsep yang sama di booth mereka,

Bandar Baru Bangi dikenali sebagai Bandar ilmu atau Knowledge City oleh itu wajarlah penduduknya memupuk minat membaca lebih tinggi.  Lagipun pembelanjaan membeli buku dapat penolakan cukai pendapat dan dapat menbantu para penulis (author) dan industri yang terlibat untuk menjana pendapatan.

Anak-anak walaubagaimanapun lebih senang berkunjung ke Pustaka Rakyat di Seksyen 7 samada untuk buku latihan, novel ataupun mencari bahan-bahan untuk kerjasekolah mereka.

Apapun ada beberapa lagi kedai buku yang sering dikunjungi sila rujuk kedai buku di Bandar Baru Bangi.


Ulasan

  1. wahhh semuanya kisah di bangi.. terbaik.. Lea singgah sini n follow..

    BalasPadam

Catat Ulasan