Evo Soho Bakal siap Gandaria sudah mula

Kebanyakan bangunan di Bandar Baru Bangi adalah bangunan residensi atau perumahan.
Manakala bagi kedai pejabat pula biasa hanya pada ketinggian 3 tingkat-4 tingkat dan tiada lift.


Evo Soho Suites mula diiklankan pada 2012 dan mula dibina pada 2013, ianya merupakan bangunan yang paling tinggi di pertengahan pusat bandar.
Boleh rujuk juga Ulasan 1,  Ulasan 2, dan Ulasan 3

Kini ianya telah hampir siap dijangka pada bulan Julai atau Ogos 2017.
Dari bacaan-bacaan di media social ada pembeli yang sudah mula mengiklankan unit mereka sebagai rumah inap atau homestay atau suite untuk disewakan. Dari bacaab tersebut juga , mereka menyatakan bahawa Vacant Possession (VP) mungkin diperoleh dalam jangkamasa Julai hingga Ogos 2017.



Gambar Evo Soho Suites dari simpang empat Seksyen 9 berdekatan Masjid Al Hasanah. Gambar ini diambil pada petang sebelum Ramadhan 27 Mei 2017.

Pusat membeli belah dan Service Appartment Gandaria telah bermula pebinaannya berdekatan dengan Paragon Point, Bandar Baru Bangi.


Sunway Gandaria di jangka siap akhir 2019, menggunakan tagline 
"modern lifestyle living at the peak of Bangi"

Untuk maklumat berkenaan Sunway Gandaria sila lawati Gandaria Bangi


Ulasan

  1. Bila nak siap Evo Soho di Bandar Baru Bangi ni.
    Lama dari hujung tahun 2014 dah menunggu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin bulan Disember nanti dapat kunci.


      Padam

Catat Ulasan