Ramadhan datang lagi Jualan Pra Ramadan pilihan

13-05-2017

Ramadhan bakal datang menjenguk lagi,

tidak berapa lama lagi bulan Ramadhan, Bandar Baru Bangi akan meriah dengan pasar-pasar atau bazar ramadan dan surau-surau akan mula sibuk dengan solat terawih terutamanya di awal Ramadhan.

Tidak ketinggalan kemeriahan berbelanja untuk hari raya juga bakal bermula, di kawasan Bangi Sentral telah mula ada promosi-promosi Pra Ramadan dan Promosi sempena Hari Raya untuk tudung dan baju raya,

Ada yang sudah mula berbelanja untuk pakaian hari raya terutama bagi yang tidak ingin bersesak pada bulan Ramadhan nanti,

Umum mengetahui bahawa kawasan Bangi Sentral di penuhi dengan buitk-butik pakaian dan tudung anataranya PHYSICON yang menjual pelbagai jenama, MADRE, DOKOH, ElRah, DIYANA, Bukit Pakaian Jenama Fellina, Butik pakaian pereka Amir Kadir, Butik pakaian eksklusif Nora Danish, Butik Emma Maembong,Butik Tudung Absolute, Butik Tudung Jelita Sara dan banyak lagi. Butik-butik ini biasanya harganya boleh tahan untuk koleksi baharu sempena AidilFitri kali, kecuali bagi rekaan-rekaan off season mungkin ada diskauanlah.

Biasanya bulan Ramadhan terutamanya sewaktu rehat tengahari kawasan Bangi Sentral ini penuh dengan orang ramai bersesak-sesak membeli belah dan biada parking adalah terhad.

Pilihan lain untuk pembeli adalah belian pada harga sederhana iaitu di butik pakaian MUAZ yang terletaj dibelakang Papparich Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

Muaz gedung pakaian borong di waktu malam. Siang sangat riuh .



Boleh dikatakan setiap hari akan lalu di depan kedai pakaian MUAZ ini, dan setiap kali lalu ada sahaja orang sedang melihat-lihat pakaian atau baju-baju di situ.


Kedai pakaian MUAZ biasanya menggunakan pembesar suara untuk promosi pakaian. Jadinya di riuh rendah dibelakang Papparich itu.  Katanya jualan pakaian untuk hari raya telah bermula, rekaan terkini dan murah-murah.Jadi sesiapa nak shopping raya bolehlah singgah ke MUAZ,


Kedai pakaian MUAZ adalah di bawah butik JOVIAN Outlet dan sebaris dengan restoran Haslinda Sim dan juga Restoran Mohd Chan.

Disebelah Mohd Chan pula ada keadi pakaian bundle dari Japan iaitu Sasuke Premium Outlet.
Selain itu, boleh juga singgah ke butik pakaian CITITREND.


titipan untuk pembaca:

Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa unttuk pembaca di Malaysia dan Indonesia.
Semoga kita sentiasa berada dalam redha Allah.






Ulasan