Hotel Arina di Bangi Sentral

Ada sebuah lagi hotel butik di Bangi Sentral iaitu hotel Arina.

Bangunan hotel Arina ini mengambil unit paling sisi dan dengan ini memberikan kelebihan pemandangan yang cantik bagi yang menempah unit dengan tingkap. 


Arina Hotel at Bangi Sentral
Gambar pintu masa masuk Arina Hotel pada malam hari dan disisi tepi bangunan adalah ARINA cafe. Antara kemudahan lain yang ada di Arina Hotel adalah akses wifi, alat penggosok baju dan kesemua bilik adalah berhawa dingin (ada aircond adalah kemestian).

Bagusnya Arina Hotel ini adalah kerana ianya berdekatan dengan butik-butik terkenal di Bandar Baru Bangi dan ada pelbagai restoran disekitarnya. Selain kedai runcit seperti 99 Speedmart, kedai kopi seperti ZAWARA cafe, dan jika nak jimat makan tengahari boleh ke PKNS food court yang berdekatan. Semuanya dalam jarak berjalan kaki. 

Sesuailah bagi mereka yang perlu berkursus di sekitar Putrajaya, Cyberjaya atau di Bandar Baru Bangi.  Terdapat pelbagai pilihan restoran untuk sarapan pagi juga. Boleh juga bagi mereka yang ingin merasai kehidupan di Bandar Baru Bangi atau saja-saja datang untuk berbelanja di Bandar Baru Bangi, hotel ini tidak memecahkan poket. 

Selain dari itu Arina hotel ini dekat dengan Masjid Al-Hasanah yang juga dikenali sebagai Masjid Hijau. 



Bagi yang berjodoh dengan anak-anak di sekitar Bandar Baru Bangi, rombongan pengantin juga boleh tempah atau book Arina Hotel ini bagi sanak saudara yang menyertai rombongan. 
Biasanya majlis nikah samada di lakukan dimasjid atau diperumahan pengantin perempuan.

Dapat juga sanak-saudara meluang masa dan mencuci mata di Bandar Baru Bangi sambil mengikat ukhwah baharu menghantar pengantin.

Selain Arina hotel terdapat juga beberapa butik hotel lain di Bangi seperti Best View Hotel di Paragon Point Bangi, 101 Hotel di Persiaran Bangi, kesemua ini dalam jarak berjalan kaki sahaja.

Jika inginkan hotel 4 bintang pula, kini ada hotel Tenera di Bandar Baru Bangi  rujuk SINI dan juga Hotel Bangi Putrajaya yang dahulunya adalah Hotel Equitorial Bangi.


Bagi pembaca yang pernah menggunakan khidmat Arina Hotel, dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman anda diruangan komen.

Selamat datang ke  Bandar Baru Bangi.



Ulasan