Makan-makan Restoran Dons Diner Bandar Baru Bangi

Don's Diner® Bandar Baru Bangi

Don's Diner®
Tempat menarik dan mesti cuba.
Kategori: Makanan Barat (western food), seafood(ala-ala shell out) dan dessert yang best
Lokasi:
Lokasinya diParagon Point bersebelahan dengan KOPI & XOXO dan Butik Nora Danish.
Dihadapan Restoran Dons Diner adalah kawasan lapang untuk riadah dan boleh dilihat dengan jelas Akademi Saiful Nang dan pelbagai butik di Bangi Sentral.

Parkir atau kawasan letak kereta:
Sebolehnya jika ingin parking, parking di bahagian basement, ini kerana parking di bahagian atas adalah sedikit terhad.


Hiasan Dalaman
Hiasan dalamannya menarik menggunakan warna merah gelap berjalur emas menegak dan dihiasi dengan gambar-gambar dari filem the GodFather.

Sudah beberapa kali singgah makan disini, pilihan saya adalah "Spagetti soft shell crab"," Chicken Taragon", dan Dessert bomb coklat atau "Chocolate Grenade".  Ini untuk Ala Carte makan seorang atau berdua.
Pilihan bagi yang menyukai kambing boleh cuba "The Goatfather"

Tetapi jika ingin menraikan keluarga boleh pilih set hidangan yang lebih besar, untuk 6 orang contohnya boleh cuba "The Meat Fiesta",





The Meat Fiesta:Source Dons Diner Instagram.


Selain dari itu, terdapat minuman HAUSBOOMTM sebagai pilihan minuman ringan. Terdapat lebih kurang enam perisa yang di tawarkan.

Dengarnya pemilik Don's Diner® ini adalah orang muda En. Azri Zahier Azmi bersama rakan kongsi beliau Pn. Aliyah Barakbah dan En Fauzi Abdullah.

Ada banyak lagi pilihan tapi sebaiknya mencubanya sendiri, lain orang lain taste bud, kan.

Selain dari pengunnjung harian secara walk in, boleh juga hubungi Don's Diner untuk program harijadi, tempahan, berbuka puasa atau program syarikat seperti INI.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi secara pangillan:
atau WA Dons Diner Bangi di no: 0109804046.


Selain dari Bandar Ilmu Bandar Baru Bangi juga syurga makanan
Link instagram Don's Diner





Ulasan