S7 Western & Burger Bandar Baru Bangi

S7 Western & Burger Bandar Baru Bangi.


Ini adalah lokasi tarikan baharu di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi namanya S7 Western & Burger.
Dengan Set Up yang ringkas di kawasan padang permainan yang menempatkan pusat
KRT Seksyen 7.

Ini adalah pandangan pada waktu malam:

Udara segar dibawah pokok, terdapat padang permainan yang luas dihadapan gerai S7 Western and Burger ini. 

Stail gerai burger yang ringkas dan minimalis.
Waktu operasi adalah dari jam 6ptg sehingga jam 12malam, kecuali hari Jumaat dan Sabtu dibuka sehingga jam 1.30pagi.





Terdapat juga penduduk disekitar yang bermaian badminton atau takraw di kawasan yang disediakan berhampiran gerai S7 Western and Burger


Menu:
Menunya seperti juga kebiasaan restoran atau gerai western yang lain iaitu:

Lamb Chop
Mix Grill 
Chicken Chop
Burger Mix Special
Chicken Burger Special
Beef Burger Special

Pilihan lain adalah Lasagna
Pilihan hujung minggu seperti Shark Fin Soup.






Terdapat pelbagai pilihan minuman panas seperti kopi kaww, milo, teh, teh limau. 
Pilihan saya adalah Kopi panas ala Americano no sugar.

Manakala pilihan bagi air sejuk adalah Float Vanilla Root Bir, bagi saya sesekali boleh lah.



Selain dari itu terdapat juga Nasi Lemak Opah.




Kawasan padang permainan dihadapan S7 western and Burger ini memberikan ruang bagi anak-anak pengunjung bermain seketika sementara menunggu order siap.


Panduan arah ke S7 Western & Burger:

Dari Seksyen 9 atau PKNS terus kearah bulatan ke Seksyen 4 dan Seksyen 7, susr kekiri disisi
bulatan menuju ke Seksyen 7, himpit ke kanan sehingga ke lampu isyarat ambil kekanan terus sahaja melepasi Sekolah Rendah  Kebangsaan Seksyen 7 (SRKS7) di sebelah kanan, terus sahaja anggaran 2-5 minit lokasi padang KRT S7 dan Gerai S7 Western & burger  terletak di sebelah kiri. Boleh parking di bahu jalan untuk take away.

Jemputlah singgah ke S7 Western Burger.
Link ke fb S7 western and burger di SINI

Ulasan