Restoran Korea Eid bakal dibuka di Bangi Sentral

Perkongsian rakan facebook Izra Sunshine menarik perhatian saya, beliau memaklumkan bahawa Restoran Korea Halal bernama Eid yang terkenal di Itaewon Korea bakal dibuka di Bangi.

Jika sebelum ini saya sering mengunjungi Milk Moustache Cafe di Putra Kajang rujuk SINI dan ada memberi ulasan tentang kesamaan nama Bangi di Malaysia dan Bangi dong, Seoul di Korea rujuk SINI Bangi di Korea.

Kali ini peminat-peminat makanan Halal Korea tersangat teruja dengan berita pembukaan cawangan Restoran Halal EID di Bandar Baru Bangi. Lokasi yang dipilih oleh pemilik adalah di Bangi Sentral.

Pemiliknya bernama Hyunwoo telah berada di Bandar Baru Bangi bagi melihat operasi pengubahsuaian restoran baharunya. Maklumat ini diperoleh dari laman facebook Restoran Korea Eid.

Berikut adalah pemakluman yang dibuat di laman facebook rujuk EID fb SINI;
comelkan scarf & han book. 





Cerita berkenaan restoran Eid boleh dirujuk di SINI blog radinfadli, sewaktu saya ke Korea pada pertengahan dan hujung 2011, restoran EID ini masih belum dibuka. 

Lokasi di Bangi Sentral adalah sangat bagus dan hidup.



Screen shot laman Fb menunjuk lokasi Restoran EID Makanan Korea Halal di Bangi Sentral.
Bandar Baru Bangi selain dari Bandar Fesyen, juga merupakan bandar makanan antarabangsa.


Nantikan update tentang pembukaannya dan makanannya InshaAllah.



Ulasan