Program ramah mesra OCPD baharu bagi IPD Kajang dengan komuniti sekitar Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dan Kajang Mewah


25 Julai 2015.

Seperti biasa, ada mesyuarat lagi katanya .

Persiapan menyediakan kabin KRT s7 untuk program pada waktu malamnya yang kebiasaan dibuat selepas isyak.

Kali ini adalah program perjumpaan dengan ketua Polis baharu bagi kawasan Kajang iaitu Tuan Willy ak Richard. Program ini dilaksanakan di Kabin KRT Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. 

Kehadiran memberangsangkan merangkumi KRT Seksyen 7, KRT Taman Kajang Raya, Kelab jom Kayuh Seksyen 7/5, KRT dan persatuan penduduk D7, Persatuan peniaga kiosk Hulu Langat, KRT Seri Tanjung, KRT Putra Kajang, PIBG Seksyen 7, JMB Pangsapuri Miro Taman Putra Kajang, NGO Pewangsa, JMB Pangsapuri Anggerik Taman Putra kajang, Surau ArRahman (SA Widuri), JPP Zon 20, Surau Al Islah ( Taman Kajang Mewah).

Disertakan gambar-gambar aktiviti ramah mesra dengan OCPD Kajang Tuan Willy ak Richard.


Salam perkenalan Tuan Willy, bersedia bergambar bersama KRT Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, D7, Kajang Mewah, surau Al islah, Aparment Widuri dan sekitarnya. 

OCPD Kajang Tuan Willy ak Richard




Majlis ramah mesra disertai jamuan ringan dan tidak ketinggalan hidangan longgokan durian kepada yang hadir.
Musim durian ini, tak ketinggalan. lokasi kabin KRT Seksyen 7 Bandar Baru Bangi



Pengerusi KRT Seksyen 7 berserta ahli-ahli KRT juga turut hadir.

Majlis diakhiri dengan nyanyian mimik oleh orang kuat KRT seksyen 7. Sapalah agaknya tu....

Ulasan