Fareeda Ucapan Hari Raya Khas untuk Warga Bandar Baru Bangi



Hari Isnin yang lalu, masuk kerja seperti biasa melalui Persiaran Bangi, kali ini apabila melepasi trafiklight menuju ke McD dan PKNS ternampak papan iklan ini.


Ucapan selamat hari raya kepada warga Bangi, oleh FAREEDA


Fareeda yang sangat terkenal dengan rekaan tudung terkini ini juga sangat sinonim dengan Bandar Baru Bangi.   Lokasi pejabat urusan  dan butik pertama FAREEDA adalah di Bandar Baru Bangi. Papan tanda tersebut menunjukkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Bangi dan disertai dengan gambar Mawar Duta Fareeda Nyata Jelita.  mawat mengenakan koleksi tudung Fareeda Nour Suraiya dengan hiasan.

Rupanya bukan hanya satu malah terdapat satu lagi papan tanda ucapan Selamat Hari Raya yang diletakkan di simpang 3 berdekatan denga San Francisco Pizza.

Salaku salah seorang dari warga Bangi, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih juga kepada pihak Fareeda kerana ingatan dan ucapan yang diberikan.

Semoga peniaga-peniaga besar yang bermula di Bandar Baru Bangi, dapat menunjukkan kehadirannya dengan papan tanda-papan tanda menghiasi jalan di Bandar Baru Bangi. Cuma pokok-pokok jika boleh janganlah ditebang ya.


Masih Syawal lagi ya.








Ulasan