Caj Parkir di Bandar Baru Bangi

Caj Parkir di Bandar Baru Bangi.

Dikawasan mana, di kesemua seksyen termasuklah Pusat Bandar, Seksyen 9, Sekyen 8, Seksyen 7, Bangi Sentral, Warta, yang sentiasa menjadi tumpuan.

Baru-baru ini dapat dilihat kain-kain rentang memaklumkan bahawa caj parkir akan di kenakan  bagi individu yang memasuki  Bandar Baru Bangi.

Cadangan adalah pada menguatkuasakan caj parkir pada 1 Ogos 2015, walaubagaimanapun dari laman sawang ADUN Bangi, Hj Shafie Ngah, admin ada berkongsikan surat memohon penangguhan terhadap perlaksanaan kutipan caj parkir.
Dan meminta warga Bandar Baru Bangi agar bertenang.


Tindakan Adun Bandar Baru Bangi ini amatlah dihargai, tambahan lagi perlbagai isu yang membebankan rakyat pada 2015 ini.




Surat tersebut telah dikongsikan oleh laman facebook shafie.com seperti link INI.

Besar harapannya agar perkara ini ditangguhkan dan diperbaiki lagi perkhidmatan dan kekemasan Bandar Baru Bangi.  Bandar Baru Bangi tidaklah sebesar Bandar Kajang atau Bandar Puchong dan masih dalam proses menarik pelabur/perniaga untuk berniaga disini.  Berilah peluang, untuk mereka membangun dan ianya memberikan kemudahan juga kepada golongan pekerja.  Berbanding dengan Bandar Kajang yang mempunyai sistem pengangkutan berasaskan bas, Bandar Baru Bangi tidak mempunyai akses bas henti-henti dan ini akan menyukarkan lagi golongan pekerja di Bandar Baru Bangi, kerana sudah pastinya akan ada peningkatan kos.

Ulasan