Ananaz Medi Spa Bangi

Antara spa yang dikunjungi jika ada keperluan dan ingi nyah stress adalah Ananaz Medi Spa yang terletak di atas 99 Speedmart Seksyen 9 BandarBaru Bangi.

Sebelum berpindah ke lokasi terkini, Ananaz Medi spa Bangi beroperasi di atas kedai Vantage yang hanya selang beberapa kedai dari lokasi sekarang.

Ianya merupakan pusat dandanan muslimah dan cucian muka, facial care, hair care, urutan dan juga lain-lain.  Bagi urutan perlu membuat boking terlebih dahulu tetapi bagi perkhidmatan lain boleh didapati dengan walk in jika ada kekosongan. Mungkin bagus juga bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan sebagai  persediaan sebelum majlis perkahwinan dan sebagainya.


Spa ini dibuka pada hari Selesa hingga Ahad, manakala ditutup pada Hari Isnin.


Rawatan yang biasa menjadi pilihan adalah rawatan rambut hair cooling treatment. Kadang-kadang waktu cuti sekolah atau sebelum puasa akan bawa anak-anak perempuan untuk mengunting rambut disini.

Ananaz Medi Spa di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi adalah cawangan, pejabat dan Spa utama adalah di Cheras. Sila rujuk SINI bagi maklumat lanjut"

Ulasan