Perubahan kawasan Seksyen 9 Persiaran Bangi terutama Jalan Medan 2D yang selari dengan Persiaran Bangi.
Terdapat beberapa lagi restoran di Bandar Baru Bangi yang bertukar di kawasan ini.
Makan best dan sedap di Bandar Baru Bangi.
Yati Ayam Percik di Jalan Medan 2D dibuka pada tahun 2010 tetapi telah memberhentikan operasi di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi pada tahun 2012. Ini adalah gambar Restoran Yati Ayam Percik sewaktu masih lagi beroperasi di Bandar Baru Bangi. Dahulu, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada makan tengahari disitu, nasi kerabu dan ayam percik atau nasi goreng ala carte. Setiap hari lunch boleh dikatakan agak meriah juga di Yati ayam percik ini. Cuma tidak pasti mengapa mereka menutup cawangan di Bandar Baru Bangi ini dan berpindah lokasi.
Gambar di ambil pada waktu pagi di Jalan Medan 2D, Bandar Baru Bangi |
Pada waktu yang sama sekitar tahun 2010 juga ada restoran Hailam Kopitiam di Jalan Medan 2D, Persiaran Bangi. Lokasi bersebelahan dengan Yati Ayam Percik adalah restroan Hailam Kopitiam (dipisahkan oleh laluan tengah).
Ada juga singgah makan minum beberapa kali di Hailam kopitiam ni, pelayannya semua warga asing dan restoran manager kurang friendly.Restoran ini juga bertahan selama setahun sahaja dilokasi tersebut.Sekarang ini di lokasi yang sama adalah WadiHana Islamic Steakhouse, yang memasuki premis tersebut setelah beberapa lama ianya kosong.
Selain dari itu berdekatan dengan Restoran Hailam Kopitiam , terdapat sebuah Restoran yang menjual nasi campur dan lauk-pauk yang ketika itu agak sedap dan ramai pengunjung, namun hanya bertahan selama 1 tahun dilokasi tersebut. Restoran yang dikenali sebagai Restoran Ibu Jah, dahulu di dindingnya ada gambar Mantan Ketua Menteri Melaka Datuk Abu Zahar dan Isterinya. Selidik punya selidik ianya memamg dikendalikan oleh keluarga Datuk Abu Zahar dan pada ketika itu Adira Abu Zahar sangat terkenal.
Kembali kepada Restoran Ibujah, suka menjamu makan tengahari disini kerana lauk-pauk yang asli seperti masakan Melaka, ada ikan bakar fresh dan masakan sedap dan berbaloi juga dengan harga yang ditawarkan ketika itu.
Selepas setahun Restoran Ibujah berpindah ke kawasan industri Selaman berdekatan dengan ZetaSoft, disitu bilangan pengunjung agak terhad kerana laluan untuk ke kawasan tersebut yang sedikit jauh dari jalan besar. Setelah itu, Restran Ibujah menutup operasinya di Bandar Baru Bangi dan mungkin berpindah ke lokasi lain.
Selain dari itu, di hujung bangunan yang sama sebaris dengan Restoran Hailam Kopitiam dan Restoran Ibujah adalah Ice Room. Sempat jugalah singgah beberapa kali untuk makan shave ice disini. Ice Room disini bertahan hanya selama 2 tahun.
Terdapat beberapa lagi restoran di Bandar Baru Bangi yang bertukar di kawasan ini.
Makan best dan sedap di Bandar Baru Bangi.
Salam, dkt area yg sama dulu2 ade satu western restaurant namanye "Taste". Suka sgt dgn deco2 dan mknn kt situ, tak pasti berpindah atau tutup sebenarnye. Kalau tau cawangan restoran tu kat mana2 tolong share ye.. maaf menyampuk..hehe..mmg bangi byk tempat mkn best tp susah nak bertahan lama mcm "Sempoi" dsb.. yg paling lama cuma Restoran Kelisa je..
BalasPadamYa dahulunya ada sebaris Restoran Fairuz dan Breadtime di Jalan Medan PB2A.
PadamTerima kasih sudi komen di sini.
PadamBangi mmg terkenal dengan hub pencarian tempat makan best...cuma akak belum dpt explore banyak tempat lagi...lama dh x buat foid hunting area bangi...kena buat nanti ni...
BalasPadamAkak tak pernah lagi ke situ, siapa sudi nak bawak akak hihi.. Nak tanya.. tarikh entri di atas tu betul ke 2015? Daah dua tahun tu, masih beroperasi ke restoran tu?
BalasPadamKak Su perlu datang jenguk Bandar Baru Bangi ni,
PadamYe entri tahun 2015 untuk kenang-kenangan perubahan yang ada di BBB.
Sekarang dah makin membangun dan sangat terutama bila ramadan tiba.
En. suami saya selalu komplen..kadang dah jumpa tempat makan best..bila repeat balik tapi rasa makanan tak se best yang sebelum ataupun kedai dah tutup...tak bertahan lama..tak tahu la kenapa?
BalasPadamPerasan juga ada beberapa kedai makan yang dah tutup kat bangi tu. Pernah makan dekat yati ayam percik ni. Mungkin kos menyewa yang mahal kot. Bangi kat dah naik.
BalasPadamYa sekarang dilokasi yang sama ada Hipster Cafe namanya QNA Republic.
PadamWah..saya mmg baru 4x je kot pergi ke Bangi tu. Tu pun sebab kakak konvo back at 2005 rasanya...bru2 ni ada singgah lainnya sekarang Bangi
BalasPadamOk tak jauh sgt dari Nilai..cun cun cun.
BalasPadamThank you awak share
Aik macam-macam dah bertukar hahaha pening hanis. Mungkin diorang jumpa kawasan yang lebih sesuai dan ramai pelanggan...
BalasPadamDengar" memang banyak makanan sedap" kat sini. Tak pernah sampai lagi ke sini
BalasPadamSinggahlah bercuti-cuti di Bangi Bandar Ilmu dan syurga makan dan shopping juga.
PadamThe shop should be closed coz' not enough customers to maintain the cost. Because of the GST, many shops choose to close it too.
BalasPadamAyam Percik!! but biasa lah nowadays.. semua buka tutup within short time.
BalasPadamHwajing Royal High Tea
wah.. nanti reviewlah kedai makan sekitar bandar baru bangi. mahu juga mencuba nanti. :D
BalasPadamKejap je dah bertukar-tukar jenis restoran, nama restoran, konsep restauran. Maybe pemilik premis suka tukar-tukar harga sewaan kot?
BalasPadamAyam percik favourite ika. Kat penang susah nak cari kedai ayam percik yg sedap. Bangibika x pernah try lagi. Nanti recommend la kedai baru yg sedap.
BalasPadamYa dahulu saya pun selalu juga makan disitu, cuma perniagaan sekarang makin kompetetif.
PadamBBB memang terkenal sebagai syurga makanan dan juga fesyen hijabista. Cuba datang time Ramadhan - memang confirm sesak area Bangi Sentral hehe
BalasPadamYa kan, setiap kali ramadhan aje, sesak.
PadamPejabat saya di S9. Bila ada masa boleh berbual ya.
Ermm, dah lama tak ke Bangi. Satu entry yang baik, senang nak cari tempat makan lepas ni :)
BalasPadamAnyway, sesiapa yang nak tahu tempat makan best di Kuantan, boleh contact saya plak ok :)
Memang macam-macam makanan yang ada kat area Bangi. Memang happening dan tak susah nak carik tempat makan sekarang ni.
BalasPadamOh banyak juga tempat makan best kat Bangi, bolehlah i singgah for food hunt kat sana over the weekend.
BalasPadam