ElRahah Bandar Baru Bangi

ElRahah Bandar Baru Bangi


Setiap hari dalam perjalanan balik dari pejabat pasti akan melalui Seri Bangi dan disitulah lokasi salon Muslimah Jazeerat ElRahah®. Salon ini diusahakan oleh Puan Rahah dengan sokongan suaminya En.Jazair. Oleh kerana pertukaran signboard yang menarik membuatkan saya cepat-cepat snap gambar signboard baharu ini dari  dalam kereta. Ianya sangat besar yang mampu menarik perhatian mereka yang ada didalam kereta terutama sewaktu puncak pergi dan balik kerja kerana jam. Ianya adalah satu usaha fronting yang bagus bagi Salon Muslimah Jazeerat ElRahah®.

Salon Muslimah Jazeerat ElRahah® mempunyai dua cawangan iaitu cawangan di Taman Universiti, Skudai Johor dan juga cawangan utama ElRahah® di Sri Bangi.

Ianya terletak sebaris dengan Uniform Gallery, Restoran Horizon Garden, Butik Zaida dan Farmasi Najah (yang biasa pergi).





Untuk maklumat lanjut berkenaan salon muslimah Jazeerat ElRahah  ini sila baca di SINI.
Salon Muslimah ElRahah ini, hanya khusus unuk wanita sahaja dan memberikan keselesaan tidak perlu bimbang kerana tiada penawaran perkhidmatan kepada kaum lelaki dan lelaki juga tidak dibenarkan menunggu di Salon.  Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan mencuci dan mengunting rambut, rebonding, inai rambut dan bermacam lagi.


Sangat berbangga melihat lebih ramai usahawan muslim yang berani mencebutkan diri dalam dunia perniagaan dan memberikan pilihan terutamanya perkhidmatan berkaitan muslimah.  
Semoga perniagaan beliau sentiasa maju dan beroleh barakah.


Ulasan