Sarapan Pagi di Warong Bangi


Mana nak sarapan di Bandar Baru Bangi?

Warong Bangi

Setiap pagi setelah menghantar anak ke sekolah, persoalan yang bermaian diminda kami adalah nak sarapan di mana?. Kami ada beberapa pilihan restoran untuk sarapan di Bandar Baru Bangi ini, antaranya adalah Warong Bangi. Kebiasanya kami ke Warong Bangi  sebelum masuk ke pejabat yang yang berdekatan.

Oleh kerana kawasan tempat letak kereta agak terhad kerana Warong Bangi in terletak di sebaris dengan Hospital Azzahrah dan Hospital Annur, kami biasanya parking di sisi jalan berdekatan dengan tangga sisi ke Restoran Nuin di Jalan Medan PB2B. 

Warong Bangi terletak berdekatan dengan sempang empat masjid Hasanah atau juga dikenali sebagai masjid hijau. 


Jika awal pagi, Warong Bangi dipenuhi oleh pekerja-pekerja disekitar dan ibu bapa yang pergi ke Hospital Azzahrah dan juga Annur. 

Oleh itu, kami sering hadir pada jam 8.30 ke 9.30pagi dan menu bufet seperti mee goreng, meehoon goreng dan nasi lemak pinggan biasanya sudah tinggal hujung-hujung.  

Disebabkan itu, antara menu kegemaran kami untuk sarapan adalah roti canai, roti arab, nasi lemak bungkus dan juga mee hoon sup yang berbentuk ala carte.   Bagi kami Warong Bangi adalah antara restoran untuk sarapan pagi yang murah. 

Pesanan Menu dan penyediaan adalah cepat dan pelayan Warong Bangi ini juga amat ramah. Pelayan juga sudah mengecam pelanggan. 

Hubby jika ambil nasi lemak bungkus pasti dua bungkus dan katanya roti canai disini lembut dan kuah dalca dan sambalnya menepati cita rasanya huhu.

Lauk-pauk juga sudah disediakan awal di Warong Bangi, jadi jika rasa tak kuasa  nak keluar makan tengahari saya biasanya akan tapaw nasi dan lauk, tapi jaranglah buat begini kerana sampai tengahari makanan di sejuk huhu. 



Lokasi Warong Bangi yang bertentangan dengan Masjid Al hasanah













Biasanya masa-masa ini kami akan bincang hal anak-anak, hal kerja secara santai dan
suka suasana ramai orang dipagi hari dengan pemandangan Masjid yang menyejukkan mata.

Ulasan