Bangi dan kawasan sekitarnya tiada air

4 Mac 2015, Pagi-pagi semasa persediaan anak-anak kesekolah.

Pemakluman kawasan sekitar Bangi tiada air kerana air di empangan semenyih di cemari Ammonia katanya.
Ammonia  NHmerupakan bahan bernitrogen yang wujud didalam bentuk gas pada suhu bilik. Tetapi jika terlarut akan membentuk Ammonium hidroksid yang bersifat alkali. Bahaya juga tu.



Pagi-pagi lagi rakan-rakan di Seksyen 7 dan seksyen 8, Bandar Baru Bangi telah memuat naik pos-pos mengatakan tiada air, apatah lagi ibu-ibu yang kesibukan menyediakan anak-anak untuk ke sekolah.

Seperti juga ibu-ibu lain diri ini tidak ketinggalan, sewaktu bersiap sedia semuanya seakan seperti biasa (maklumlah dibilik air semuanya bersumber dari air tangki simpanan) tetapi apabila ingin menyediakan air mineral tapisan sebagai bekalan untuk anak apabila dibuka filter tap, airnya keluar sedikit sahaja.Alhamdullillah ada air mineral tapisan yang disimpan.  Huhu...lepas tu check fb Kominiti Bandar Baru Bangi ada pemakluman di atas.

Kebiasaannya ada pemberitahuan khusus apabila ada proses penyelengaraan dan sebagainya. Kali ini mungkin sesuatu yang tidak dijangka.

Pengetua sekolah anak juga ada menghantar mesej di wassup memaklumkan jika air tiada secara berterusan ibu-bapa boleh mengambil anak dari asrama.

Semoga rakyat Selangor, khususnya kawasan yang terlibat dapat bersabar.
terutamanya di Bandar Baru Bangi,


Petangnya pula hujan selebat-lebatnya di Bandar Baru Bangi, Alhamdullillah.
Semoga bersih semoga kotoran dan dapat bekalan air yang bersih selepas ini.

Ulasan