Tempat penginapan dan hotel di Bandar Baru Bangi



Mana nak tinggal ya

Sering kali mendapat panggilan telefon dari sahabat-sahabat apabila berkursus di Putrajaya, atau di Bangi atau yang mengunjungi Bandar baru Bangi sewaktu cuti sekolah ialah, Nak stay kat mana ya?

Huhu, hujung tahun lalu ada perjumpaan santai dengan rakan-rakan warga KPZ di Redwok, sebelum tarikh perjumpaan sibuk memberikan info kepada rakan-rakan hotel-hotel disekitar Bandar baru Bangi dan Kajang. Oleh kerana cuti sekolah kebanyakkan nya penuh atau fully book.

Di Bandar Baru Bangi ini, setiap kali konvokesyen, lihat SINI bagi tempat belajar di BBB cuti sekolah pasti penuh tempat-tempat penginapan disekitarnya.

Oleh itu disini disertkan serba sedikit hotel-hotel budget atau tempat-tempat penginapan homestay disekitar BBB.


Tempat favorite adalah MINHU Homestay, rujuk sini untuk maklumatnya.  Manakala berdekatan juga terdapat SMART Hotel Seksyen 7, Putra Kajang Star Hotel (dikawasan Kajang Impian), 

Di kawasan Seksyen 9 pula ada Amani hotel sila rujuk SINI, AYUNI hotel (nama nak dekat-dekat ya), AYUNI hotel terletak di atas Papparich, ini ada plus point kerana mudah untuk bersarapan. rujuk SINI (tak berapa menarik blogspotnya).

Manakala Hotel 101 berdekatan pejabat saya  jika ada kursus yang dianjurkan selalunya peserta kursus dicadangkan untuk tinggal di hotel 101 tersebu rujuk SINI.


101 Hotel, aras bawah adalah lobi dan restoran Ruz Aladin, berdekatan dengan Genius Aulad dan Norunnuha Sdn Bhd


Lokasi ini juga tempat pilihan kerana terdapat 99Speedmart dibarisan belakang dan pelbagai restoran berdekatan.Selain dari itu ada sebuah lagi hotel di Seksyen 9 ini dikenali sebagai Best view hotel Bangi rujuk SINI.

Hotel bangi Putrajaya (5 star eh) atau puri Pujangga di UKM, akan di sambung nanti.



Ulasan