Si kecil minta basikal & pilihan Kedai Basikal di sekitar Bandar Baru Bangi

Ini cerita basikal,

tapi bukanlah basikal untuk peminat2 basikal yang tegar atau geng-geng kayuh disekitar Bandar Baru Bangi ini. Antaranya Bangi Riders dan S7 cycling club (geng kecil Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ni).

Kisahnya anak bongsu minta basikal kerana kawan yang sedikit dewasa telah pandai berbasikal tapi sekecil ni tak pernah pula ada basikal yang ada hanya skuter yang ditolak dengan kaki itu.

Jadi Ahad (15.02.2015)  yang lalu, ayahnya telah pergi ke sebuah kedai basikal di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, tak ikut membeli kerana sibuk laundry dan memasak. Agak-agak jam 12.30 mereka sampai rumah dan sesi mekanik bermula,  setelah selesai sekecilpun tersenyum riang dan mencuba basikalnya di kawasan porch rumah. Masuk waktu azan, kami panggil dia masuk, solat, makan tengahari dan berehat membaca buku dan langsung terlelap.  Si kecil ni sebenarnya tak sabar-sabar menunggu jam 5petang dan asyik bertanya sahaja. 

Selepas azan Asar, encik Abang ajak ke kedai basikal di Seksyen 4 itu semula, saya tanya kenapa. Katanya nak pulangkan roda kecil penyokong basikal kerana tidak cukup panjang. Huhu ada-ada sahaja. Maka pergilah kami berdua ke kedai basikal di Seksyen 4 Tambahan itu semula.  Akhirnya, beli lagi 1 basikal untuk maknya pula. Oleh kerana basikal ini bersaiz besar dan tak muat masuk kereta, maka kenalah encik Abang kayuh dari Seksyen 4 Tambahan ke Sekyen 7,  berpeluhlah juga katanya. Jadi sekarang berderet-deret basikal di porch hadapan rumah. 


Skuter kecilnya dihadapan, dan basikal baharu warna pink

Bersemangat sungguh dengan basikal warga Sekyen 7 ini. Myself entah bila nak kayuhnya.

Huhu kayuh basikal statik di belakang rumah ja lah.

Jika anak bujang ada, dia selalulah kayuh basikal bersama rakan-rakannya, dulu BMX dan sekarang Fixie.

Alkisah flashback anak bujang ni pula, ada 1 program anjuran KRT Seksyen 7 dan pada waktu itu kayuhan malam. anak ni ikutlah dengan basikal Fixienya itu dan entah bagaimana dia miss laluan bagi remaja dan mengikuti laluan dewasa...huhu; terpaksa naik bukit ke hotel Equitorial Bangi tu...dengan basikal yang takda break. Akhir sampai juga dia ke kabin KRT. Lambatla tapi; walaubagaimanapun katanya, ketika sampai dia disambut dengan dengan meriah....huhu ...oh anak.

Sedikit maklumat aktiviti kelab basikal rujuk diSINI atau SINI.



Selain dari kedai basikal di Seksyen 4 Tambahan itu,
ada kedai basikal di Seksyen 7 bersebelahan JPJ dan juga banyak kedai basikal di Kajang.





Ulasan