Pusat Panggajian Tinggi di Bandar Baru Bangi

Pusat Pengajian Tinggi di Bandar Baru Bangi

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah sangat sinonim dengan Bandar Baru Bangi. Kenangan bergradusasi dari UKM pada tahun 2006 terpahat dijiwa.  Bandar Baru Bangi juga dikenali sebagai Bandar Ilmu atau "Knowledege City", sedap bunyinyakan. Ini mungkin selari dengan lambakan pusat-pusat pengajian, pembelajaran samada milik kerajaan,ataupun berstatus swasta.

Disekitar Bandar Baru Bangi terdapat banyak lagi pusat pengajian tinggi antaranya Kolej Polytech Mara, British , UniKL-Malaysia France Institute (MFI).

Di sekitar kawasan berhampiran ada KLIUC, UNITEN, Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of AviationTechnology (UniKL-MIAT), Universiti Nottingham di Semenyih berdekatan Broga.

Diselatan dan tidak jauh dari Bukit Mahkota adalah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Selain dari itu terdapat banyak pusat-pusat latihan di sekitar Bandar Baru Bangi, antaranya:
Pusat-Pusat latihan Bank-Bank seperti Agrobank, BSN, Maybank, CIMB.
INSTUN,
Pusat Latihan KWSP,
Pusat latihan NIOSH,
Pusat latihan kehakiman dan perundangan (ILKAP)

Disini juga lokasi Sekolah Permata Pintar yang terletak di dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Peluang melawat sekolah tersebut buat pertama kalinya tidak dilepaskan dan ianya mempunyai seni landskap yang pada saya sangat indah, terutamanya kantin yang terletak dipadang dan berunsur kaca sepenuhnya. Bila hujan seakan-akan diri ini berada di dalam hujan cuma tidak basah.





Ulasan

Catat Ulasan