Butik FAREEDA Nyata Jelita Bandar Baru Bangi

Butik FAREEDA® di Bandar Baru Bangi


FAREEDA® merupakan jenama dan  pengeluar tudung terkenal di Malaysia yang juga terkenal dengan tagline Nyata JelitaTM.

Terdapat dua (2) butik FAREEDA® di Bandar Baru Bangi. Butik pertama yang asal adalah di Seksyen 8, manakala butik baharu yang bertemakan eksklusif dan tempahan terletak di Seksyen 9 yang boleh dilihat apabila melalui sepanjang Persiaran Bangi iaitu di kawasan 3B Curve. Butik ekslkusif ini terletak selang dua kedai dari WADIHANA Islamic SteakhouseTM yang juga sebaris dengan Bank Rakyat, HSBC dan Papparich.  

Apabila FAREEDA mengadakan jualan mahsyur atau melancarkan rekaan- rekaan (sering dirujuk juga sebagai paten) tudung baharu maka ramailah peminat-peminatnya akan berkunjung ke butik-butiknya. Setakat hari ini terdapat tujuh butik FAREEDA iaitu:

1. Butik FAREEDA Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 
2. Butik FAREEDA Eksklusif Seksyen 9 Bandar Baru Bangi,
3. Butik FAREEDA Shah Alam,
4. Butik FAREEDA Penang,
5. Butik FAREEDA Kelantan,
6. Butik FAREEDA Subang Skypark, dan terkini
7. Butik FAREEDA Alamanda



FAREEDA terkenal dengan rekaan yang unik, segar dengan kombinasi warna yang menarik dan juga seni kecantikan kemasan dan penghasilan keseluruhan penampilan tudung rekaannya.



Tambahan lagi kesemua produksi turung rekaan FAREEDA adalah di dalam negara atau dalam kata lain buatan Malaysia sepenuhnya. (Made in Malaysia)




Seperti yang sedia maklum kesenian dan keindahan sesuatu karya adalah subjektif dimata yang melihat.  Aprisiasi seni rekaan yang terhasilk menyebabkan FAREEDA mampu menarik dan mengekalkan peminatnya.






FAREEDA merupakan jenama Malaysia yang sedang meningkat naik. FAREEDA merupakan kebanggaan Malaysia, iklan-iklan billboard disepanjang laluan utama memberikan kesan dan perasaan identiti  Malaysia berbanding dengan iklan-iklan lain yang adakalanya mempunyai ciri-ciri kebaratan.






FAREEDA adalah jenama berdaftar milik  Fareeda Global Resources Sdn Bhd.

Ulasan