Perkembangan di sekitar Persiaran Bangi

14 Januari 2015


             Semakin hari semakin tampak perubahan wajah di Persiaran Bangi, ini kerana kren-kren tinggi diletakkan di kawasan tapak projek EVO SOHO Bangi.

             Dijangka kerja-kerja  memasukkan cerucuk "piling" akan bermula tidak lama lagi bagi projek EVO SOHO ini.

             Lebih kurang tengahari , ada terasa nak makan popiah basah dan asam pedas, jadi ajaklah En. I pergi ke PKNS melalui jalan di antara projek EVO SOHO dan Bangi Sentral. Sewaktu melalui kawasan tersebut yang masih bertutup dengan zink setinggi lebih 10 kaki, tetapi jelas kelihatan jentera-jentera berat untuk projek tersebut, yang menyebabkan kita perlu mendongak ke langit.

            Boleh cuba dibayangkan jika EVOSOHO siap nanti, bagaimanalah rupanya nanti bila ianya telah siap dengan jumlah bilangan SOHO lebih 700 dan ruang kedai sebanyak 200 dengan ketinggian 30tingkat. Tentunya laluan ini (diantara EVOSOHO dan Bangi Sentral akan jadi sangat redup. Disekitar Bangi Sentral pula banyak kedai-kedai dalam proses ubah suai untuk pembukaan.

            Gambar dibawah diambil pada Mac 2014 dari tingkat belakang pejabat dikala matahari terbit di Bandar Baru Bangi dengan latar belakang berbukit menambahkan lagi kesyahduan dan penghargaan terhadap kesempatan bernafas.Kelihatan juga kren-kren dikawasan tapak pembinaan EVO SOHO.



Gambar ini diambil selepas Subuh





Cerapan indah biasan warna jingga, 3B Curve, Bandar Baru Bangi.


Pandangan laluan belakang 3B Curve, Persiaran Bangi, Pandangan dari tingkap pejabat laluan belakang Genius Aulad,101 Hotel, Wadihana Islamic Steakhouse dsb. Sudut pandangan yang biasanya tidak diberi perhatian. 


Ini pula adalah gambar terkini, kawasan pembinaan EVO SOHO Bandar Baru Bangi yang diambil pada 15 Januari 2015 dari Persiaran Bangi.



Di bawah pula gambar dari sudut pandangan Papparich, singgah sekejap minum kopi.  Mendongak jugalah melihat kren-kren ini. 






                     Besar harapan agar Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya dijaga dengan baik dan menekankan aspek kebersihan dan kelestarian.

Pepohon sepanjang laluan Persiaran Bangi hingga ke Simpang Tiga 

Harapannya agar pokok-pokok Jejawi di sepanjang Persiaran Bangi terutamanya di kawasan 3B Curve tidak di usik.
Inilah deretan Jejawi di kawasan 3B Curve, Persiaran Bangi, Bamdar Baru Bangi.


Ini adalah pandangan dari tingkap hadapan pejabat.
Suatu pagi yang indah.

Alhamdullillah.



Ulasan

  1. Salam Nuha boleh saya tahu jika saya boleh ke lokasi seperti di gambar sunrise itu utk mengambil gambar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt; lokasi adalah dari tingkat 2 lot kedai sebelah Genius Aulad dahulunya pejabat Norunnuha Sdn Bhd. Sekarang dari sudut itu akan dapat dilihat kompleks EVO. Jadi ada perbezaan jika ingin ambil gambar sunrise.

      Padam

Catat Ulasan