2014 Bandar Baru Bangi

2014@BandarBaruBangi



Alhamdullillah, sudah sampai ke penghujung tahun 2014. 

Tahun 2014 merupakan tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia keseluruhannya dengan pelbagai isu-isu yang tidak henti dan meruntun jiwa.

Antaranya yang melibatkan jenama penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dan juga Air Asia, berikutan kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak dapat dikesan, MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara UKRAINE dan terkini pesawat airbus milik AIR ASIA Indonesia terhempas diperairan berhampiran Kalimantan.



MAS Code



Air Asia Code



Isu banjir di Pantai Timur yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. 


Source:themalaysiantimes.com.my

Kanak-kanak OKU dikurung dirumah tanpa kebersihan dan makanan.

Matawang Ringgit Malaysia semakin menurun jika dibanding dengan matawang US

Harga minyak mentah jatuh merudum menyebabkan pulangan kepada syarikat minyak negara menyusut. 

Harga Saham MAS jatuh ketahap yang kurang munasabah; begitu juga Air Asia di KLSE. Lebih memburukkan harga saham Felda Global Ventures yang dibuka sewaktu IPO sekitar RM5.60 telah menyusut ke hampir separuh harga pembukaannya.

Khabaran perlaksaan GST yang bakal dikuatkuasakan pada April 2015.

Walaubagaimanapun, syukur kawasan Bandar Baru Bangi tidak ditimpa musibah dan penduduknya amat prihatin dan sudi menghantar bantuan-bantuan yang sewajarnya kepada yang memerlukan samada dalam atau luar negara.  Cuma isu-isu pecah rumah dan kehilangan barang-barang dari kawasan poorch masih lagi berlaku.  

Semoga 2015 akan hadir dengan senyuman yang indah dan sinar matahari yang terang dan hujan yang secukupnya untuk pertumbuhan dan keselesaan makhluk di bumi Malaysia ini. 







Ulasan