Menjenguk media sosial hari ini, terdapat banyak ulasan oleh warga UKM yang mengeluh tiada air di UKM, terutamanya pelajar-pelajar yang menduduki kolej-kolej yang terletak dikawasan yang agak tinggi dan berbukit di UKM. Ada diantara mereka yang terpaksa pergi ke kolej lain atau ke bangunan fakulti di UKM untuk mendapatkan air. Catuan dan ketiadaaan air ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya berita tentang pencemaran ammonia rujuk SINI
Prof Dr Riza Atiq UKM ada memuat naik perkongsian beliau berkenaan isu air dan begitu juga Prof Dr Noor Aziah Mohd Awal (Timbalan Naib Canselor Akademik).
Prof Dr. Riza ada menyatakan musim panas yang datang lebih awal dan kemarau yang dijangka melanda pada Julai dan Ogos akan memburukkan lagi keadaan jika keadaan tidak diperbaiki dari segi pembekalan air dan juga simpanan.
Bila baca pos-pos tersebut membuatkan diri ini mengimbau musim panas dan kejadian ketiadaan air yang lalu pada April dan Mei 2014. Ianya cukup menyesakkan kerana pada waktu itu juga kami sedang mengubahsuai rumah. Ubahsuaian rumah dimulakan pada bulan Februari 2014. Pada asalnya kami tinggal dirumah yang sama, tetapi oleh kerana tidak larat menghidu dan membersihkan habuk setiap hari maka kami berpindah keluar untuk sementara. Ubahsuaian dijangka siap pada hujung Mac 2014 tetapi berlanjutan hingga April. Manakala, air mula tiada pada petengahan mac disebabkan catuan dan penggiliran.
Pada waktu itu, selang sehari ada air dan disebabkan itu juga paip dirumah kami beberapa kali rosak dan asyik mengeluarkan bunyi gegaran yang kuat tatkala air mula datang.
Pada bulan April juga, saya dan suami bertolak ke Jepun sementara kedua ibu-ayah dan adik menunggu anak dirumah yang masih ada sedikit lagi keperluan penambahbaikan. Bayangkan sayu hati ini bila terpaksa meninggalkan anak-anak dan ibu-ayah dalam keadaan rumah belum benar-benar siap dan dalam keadaan catuan air. Kontraktor agak lambat menyiapkan kemasan dan sedikit berhabuk, syukur juga kerana ada adik yang rajin mengemas rumah. Setelah 2 minggu di Jepun kami kembali ke Bandar Baru Bangi tetapi keadaan masih tidak bertambah baik. Disebabkan itu, abang menempah tangki air tambahan bagi menampung keperluan air kami sekeluarga iaitu tangki dengan saiz 2000L. Tangki air tersebut jenama "King Kong" yang diletakkan di tingkat satu rumah kami.
Beginilah rupanya tangki "King Kong" tersebut, untuk maklumat dan spesifikasi mohon rujuk di sumber gambar ini di SINI.
Setelah seminggu berada dirumah, ibu pula terjatuh dan perlu dibawa kehospital dengan segera, keadaan agak panik ketika itu dan ambulan datang kerumah dan petugas mengangkat ibu sementara ibu masih lagi mengadu kesakitan. Kami mendapatkan rawatan awal di Hospital Azzahrah, walaubagaimanapun ibu dipindahkan ke Hospital Serdang dan "warded" selama 4hari. Sepanjang waktu itu kami asyik berulang ke Hospital Serdang dari pejabat secara bergilir-gilir.
Ibu "discharge" dan balik kerumah kami, mujur anak-anak sudah besar dan pandai mencuci baju dan pandai uruskan bila tiada air terutama anak yang sulung, iaitu ke self service dobi (akan kongsikan dalam entri lain berkenaan kedai Dobi di Bandar Baru Bangi).
Selang beberapa hari kami perlu bertolak ke Hongkong untuk INTA, terpaksa sekali lagi meninggalkan ibu (yang masih berasa kesakitan kesan dari jatuh tersebut) ayah dan anak-anak.
Itu lah sebahagian cerita kami sewaktu tiada air di Bandar Baru Bangi pada tahun 2014. Tahun 2015 ini, kami ada sedikit senyum kerana tangki tambahan "King Kong" dapat menampung keperluan kami sekeluarga. kami juga mengamalkan jimat cermat air, cuma kadangkala ada mengalami tekanan air rendah.
Ulasan
Catat Ulasan