Ana Ikan bakar di Bandar Baru Bangi

Ana Ikan bakar di Bandar Baru Bangi

Logo Ana Ikan Bakar Petai

Warga dan pengunjung ke Bandar Baru Bangi, jika terasa ingin makan sedap dihujung minggu dan ingin santai-santai sambil makan dan berbual dan inginkan suasana ala-ala ikan bakar,Tak perlu pergi jauh-jauh ke tepian pantai untuk menikmati ikan bakar.  Singgah saja di Ana Ikan Bakar berdekatan dengan RISDA dan Balai Bomba berdekatan juga dengan kawasan Sekolah Integrasi.

Susur keluar dari plaza tol Bangi dan ambil jam 9 untuk menghala ke pusat Bandar Baru Bangi dan buat pusingan.  Jika datang dari Plaza tol Kajang maka terus menghala ke Bandar Baru Bangi dan sehingga sampai kesinpang tiga dipenghujung jalan, ambil kanan  dan terus melepasi beberapa trafik light berdekat masjid hasanah, Giant Complex Diamond, dan terus secara perlahan Ana Ikan Bakar berada disebelah kiri.

Kawasan RISDA bersebelahan Ana Ikan Bakar Petai ini juga sering ditempah untuk majlis berkonsep majlis dalam taman.  Kawasan ini seakan-akan nursery dengan banyak pokok-pokok dan bungaan.

Ok kembali semula kepada Ana Ikan Bakar Petai Bandar Baru Bangi ni;

Ianya juga tidak jauh dari Pusat Bandar dan dari hotel-hotel butik seperti 101 Hotel, Ayuni hotel dan City Boutique hotel, untuk maklumat hotel di Bandar Baru Bangi sila rujuk SINI

Antara menu-menu yang meanari dan digemari oleh kami sekeluarga adalah:

Ketam masak dengan telur masin;
Ikan bakar dengan sambal petai;
Sata:
hidangan pembuka selera keropok lekor digoreng panas;
kerabu mangga fresh;
Udang masak Butter;
Sotong goreng tepung;
untuk hidangan dengan Nasi putih.

Bahan-bahan untuk Ikan  Bakar Petai
Sumber Foto: AIBP Facebook page
Pelbagai pilihan ikan untuk pengunjung
Sumber foto: Ana Ikan Bakar Petai fbpage

Sata sedang dibakar
Sumber Foto: AIBP fb page


Terdapat juga pilihan sos untuk dipping iaitu kicap dan cili, dan air asam limau, tomato bercili.

Tidak ketinggalan terdapat juga menu-menu ala carte yang lain.


Ana ikan bakar sentiasa penuh oleh itu digalakkan untuk datang awal untuk layanan segera dan mengisi perut yang sudah lapar tu. Jika lewat dan sudah terlalu ramai orang, penyediaan makanan akan mengambil sedikit masa.  Oleh itu jika datang kesini untuk santai-santai, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan berbual bersama rakan-rakan bolehlah. Jika ingin segera dan makan seperti touch and go tak sesuai. Lagipun perlu enjoy rasa makanan tersebut. Jika ramai boleh order pelbagai jika tidak ramai tidak digalakkan order banyak.

Restoran Ana Ikan bakar Petai ini adalah perniagaan milik keluarga (dan tentunya orang kuatnya di kenali sebagai ANA) dan cawangan utamanya adalah di Kuantan Pahang.
Untuk maklumat lanjut dan pemakluman aktiviti Ana Ikan Bakar Petai sila rujuk SINI dan facebook page AIBP di SINI

Sudi-sudikan singgah ke Ana Ikan bakar Petai samada di Bandar Baru Bangi ataupun di Kuantan.


Ulasan