Musim persekolahan 2020 bermula

Musim persekolahan telah bermula bagi tahun baharu 2020.

Setiap kali cuti sekolah bermula dipertengahan atau Hujung November, Bandar Baru Bangi akan jadi kurang sibuk berbanding hari-hari biasa persekolahan.

Bagi yang kawasan rumahnya berdekatan dengan kawasan sekolah pasti akan terasa.  Kebanyakan keluarga akan menghantar anak-anaknya ke sekolah awam di sini. Terdapat beberapa sekolah awam dalam daerah Bangi ini, tetapi bilangan pelajarnya agak ramai. Oleh itu, antara pilihan atau alternatif lain adalah menghantar anak-anak ke sekolah persendirian atau swasta.

Greenview Islamic School di Bandar Baru Bangi


Berikut adalah senarai sekolah persendirian di Bandar Baru Bangi;

1. Sekolah Rendah Sri Al- Amin 
39519, Lot 8796 Kampung Sungai Tangkas Batu 18 
43675 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Phone: 03-8927 3001


2. Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi
Persiaran Kemajuan, Seksyen 16, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: 03-8925 4714

3.Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITIN)
Sekolah Integrasi Tahfiz Ilmuwan B-09-1, 
Pusat Bandar Baru Bangi, Phase 3, 
43650 Bangi, Selangor
Phone: 03-8912 1358

4.Sri Ayesha Islamic School
12, Jalan PB3A, Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: 03-8926 8951

5.Sekolah Rendah (SERI) & Menengah Islam (SEMI) ABIM
1662, Jalan Abim, Kampung Sungai Ramal Dalam, 
43000 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: 03-8926 1220

6.RizQ Islamic School (RIS)
Wisma RizQ, No. 2, Lot 1456, 
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai, 
Kampung Sungai Ramal Dalam, 
43000 Kajang, Selangor
Phone: 03-8912 0447

7.Greenview Islamic International School Bangi
Persiaran Universiti, 
Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: 03-8920 8104

8.Raudhah Islamic School Putra Kajang
No 3, 2, Jalan Putra 4, 
Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Phone: 016-424 2600


Kebanyakan sekolah swasta ini mempunyai kelas yang agak kecil berbanding dengan sekolah awam. 
Saiz pelajar di sekolah awam dianggar di antara 35-45 pelajar bagi satu- satu kelas. Manakala saiz pelajar bagi sekolah swasta pula kebanyakannya adalah kurang dari 30 bagi satu-satu kelas. Ini merupakan satu kelebihan sekolah-sekolah swasta ini. 

Terdapat juga kekurangan sekolah-sekolah swasta ini, kebanyakannya menggunakan bangunan sedia ada yang sama ada disewakan atau di beli oleh pemilik sekolah tersebut. Ianya akan bercampur dengan pejabat-pejabat atau restoran.

Kebanyakannya tidak mempunyai kawasan riadah atau padang sekolah, terdapat juga sekolah yang menumpang padang-padang awam di sekitar Bandar Baru Bangi. Contohnya padang awam di Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi.

Kemudahan-kemudahan lain seperti makmal bagi pmbelajaran Sains dan sebagainya adalah terhad.



Ulasan