Four Fingers di Seri Bangi

Terdapat beberapa Restoran makanan Korea di Bandar Baru Bangi ini; antaranya EID di Bangi Sentral, MILK MOUSTACHE CAFE (Milk Cafe) di Kajang Impian (melalui Seksyen 7 Bandar Baru Bangi), MYKORI di Seksyen 9  dan kini yang  menarik ada 1 penambahan baharu restoran yang mempunyai resipi Korea  di Bandar Baru Bangi ini iaitu 4Fingers.



Alamat:Lot 2, Groud Floor, Jalan 8/36,
Seksyen 8, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Laluan Persiaran Bangi ini adalah laluan harian paling tidak pun minimum 2 kali sehari. Jadi apabila papan iklan 4FINGERS ini di naikkan, ianya amat jelaslah dari laluan ini. Setiap hari melihat logo 4FINGERS ini yang terletak di bahagian paling atas bangunan.

Menu utamanya adalah ayam goreng "crispy", dan lain-lain menu berkaitan ayam.

Ada juga menu burger dan juga berasaskan seafood.

Menariknya kali ini ada promosi untuk menu ayam KOREA di 4FINGERS,
Untuk promosi kali ini katanya ada Menu Gangnam Crispy Chicken untuk tempoh terhad.

Bolehlah singgah ke 4FINGERS untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan menu-menunya. Mungkin ada diantaranya menarik untuk dicuba.

Sudah banyak pilihan kedai makan di Bandar Baru Bangi ini. Selayaknya digelar syurga makanan selain dari pengenalan tradisi iaitu Bandar Ilmu.


Ulasan