Family Mart tambahan terkini di Bandar Baru Bangi

Family Mart telah dibuka di Bandar Baru Bangi.

Ya sudah lama juga menunggu apa tambahan baharu di Bandar Baru Bangi, dimana landskap perniagaan restorannya sering saja berubah. 
Terkini Family Mart telah membuka cawangan di Bandar Baru Bangi di Seksyen 9 iaitu di deret yang berdekatan dengan Menate. Lokasi Family Mart ini adalah amat strategik dan memudahkan jika ingin singgah dan pemandu boleh menunggu sebentar kerana ruang jalan disini agak luas.

Family Mart ini terletak di unit yang diduduki oleh QNA Republic sebelum ini di aras bawah Hotel 101 dan di buka 24jam. Disebelahnya adalah Tadika Genius Aulad yang sentiasa sibuk dengan pelajar sesi pagi dan sesi petang.

Sebelum ini, jika ingin membeli produk Family mart kami perlu ke IOI Mall Putrajaya ataupun di Amcorp Mall. Jika di Amcorp Mall itu kekerapannya sebulan sekali kerana perlu kesana atas urusan mesyuarat persatuan sebulan sekali.

Apa yang best sangat di Family Mart ni, jika saya ianya adalah kerana aiskrim Matcha. 
Ais krim Matcha ini mengimbau kenangan bercuti di Jepun 2014 yang lalu. Selain dari aiskrim Matcha ada juga aiskrim coklat. Belgian jika tak silap. 

Selain itu, anak-anak memang sukakan Oden lah apalagi terutamanya berkuah tomyam, unagiri dan juga sosejnya.

Selain dari kuah tomyam ada juga masa-masanya di ditawarkan kuah korea, yang macam kuah toppoki tetapi cair. 

Bagi yang nak merasa kelainan bolehlah pi jenguk Family Mart Bandar Baru Bangi ni dan cuba sekali sekala.


Hari ini 8 November 2019, dah hampir sebulan pembukaan Family Mart di Bandar Baru Bangi ni.

Ada sesiapa yang sudah singgah ke Family Mart ini.?

Jika singgah apa yang dibeli ya?



Ulasan