Banyak perubahan besar di Bandar Baru Bangi akhir-akhir ini, bilangan unit-unit kedai yang bertukar-tukar atau ditutup bertambah dari bulan ke bulan. Terasa baharu sahaja selepas kesesakan sewaktu AidilFitri dan Aidiladha berlalu, Bandar Baru Bangi kini semakin kosong lengang dan terasa kosong.
Tambahan lagi IOI Mall kurang 10km dari Pusat Bandar Baru Bangi.
Keadaan ekonomi mungkin menyebabkan tekanan dan turut merubah landskap ekonomi di Bandar Baru Bangi. Selain itu, pengenalan pembelian atas talian dan juga khidmat penghantaran mungkin menyebabkan kurang keperluan kepada pengguna untuk keluar dan mengunjungi kedai-kedai atau pasaraya tradisional.
Di kawasan Pusat Bandar ini sahaja ada 4 kompleks membeli belah iaitu yang Kompleks Diamond yang mana adanya KIPMall, Evo Mall di Persiaran Bangi dan kompleks yang baharu iaitu ECO berdekatan SHELL Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan juga Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, keempat-empat kompleks ini berada dalam lingkungan 2km antara satu sama lain.
Tambahan lagi IOI Mall kurang 10km dari Pusat Bandar Baru Bangi.
Pasarmaya dan Khidmat penghantaran yang ditawaskan turut menyumbang kepada pengurangan bilangan pengguna mengunjui pasaraya. Antara Pasar Maya yang terkenal kini adalah LAZADA, SHOPPEE (CK7 sekarang mengiklankannya), 11streert, Avana, mudahselain pasarmaya yang terkenal dan telah lama bertapak sepeti banyak Ali Baba, Amazon dan ebay. Selain itu facebook juga menyediakan ruangan untuk marketplace. dan banyak pengusaha-pengusaha menggunakan kombinasi beberapa platform seperti facebook dan Whatsapp.
Kebanyakan jenama yang mempunyai kedai fizikal juga mempunyai pilihan menjual online, jika pengusaha tidak mengusahakan pembelian online ianya akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak dapat mencapai pelanggan yang hanya menggunakan perkhidmatan pembelian atas talian dari Pasarmaya tersebut.
Contoh pasarmaya Shoppee Malaysia |
Kebanyakan jenama yang mempunyai kedai fizikal juga mempunyai pilihan menjual online, jika pengusaha tidak mengusahakan pembelian online ianya akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak dapat mencapai pelanggan yang hanya menggunakan perkhidmatan pembelian atas talian dari Pasarmaya tersebut.
Dalam keadaan yang mencabar ini hanya segelintir yang mampu bertahan mungkin telah bersedia untuk menghadapi keadaan sebegini.
Ulasan
Catat Ulasan