HOMESTAY di EVO SOHO SUITE Bandar Baru Bangi

Assalammualaikum wbt;

Lama dah tak bersiaran 😄,

Status Bandar Baru Bangi sebagai syurga makanan dan juga pusat membeli belah teruatama pakaian muslimah ini memang tidak dapat disangkal lagi. Terutamanya bila menjelang bulan Syaaban dan Ramadhan. 

2019 ini, Ramadhan jatuh pada bulan Mei 2019, maka rasanya banyak perniagaan yang telah membuat persiapan.

Umum mengetahui memang sesak atau jem sungguh-sungguh terutama pada waktu-waktu puncak.

Apa kata jika ada ruang dan peluang untuk menginap dan berjalan kaki sahaja untuk membeli belah.  Sudah tentu memudahkan, tak perlu bimbang tentang parking dan sebagainya.




Pemandangan dari salah satu unit di Evo Soho

Pemandangan matahari terbit di Evo Soho Bangi

Kawasan Bangi Sentral Syurga membeli belah 


EvoSoho suite yang bersebelahan dengan Bangi Sentral ada menawarkan homestay samada direct owner atau melalui aplikasi Booking.com atau  AirBNB. 

Oleh itu, bolehlah rancang-rancang dari awal. Penginapan di Bandar Baru Bangi samada pada bulan pada bulan Ramadhan nanti pasti memberikan pengalaman berbeza. Masjid Al Hasanah juga dekat dan banyak restoran disekitar.  

Sesiapa yang ada Homestay di Evo Soho bolehlan kongsikan maklumatnya di ruangan komen. 

Selain itu sesiapa yang mungkin pernah menginap di Evo Soho mungkin boleh kongsikan serba sedikit pengalaman di sini 

Maklumbalas membina amat dihargai ya...😇

Ulasan

Catat Ulasan