EVO MALL Bandar Baru Bangi.
Hm...ada satu hari tu, saya perlu bertemu rakan di depan AEON Max Value di Evo Mall, jadi sambil menunggu tu dengarlah nyanyian yang didendangkan.
Parkson telah mula beroperasi pada 19 Mei 2018 yang lalu, outlet-outlet lain masih kosong lagi.
Sempena ramadan ini ramai pula yang berkunjung ke Evo ni, setiap hujung minggu didapati parking kereta tingkat 4 penuh sahaja.
Untuk menarik pengunjung pihak pengurusan Evo mall ini mengupah live band hampir setiap hari dalam bulan ramadan ini.
Hm...ada satu hari tu, saya perlu bertemu rakan di depan AEON Max Value di Evo Mall, jadi sambil menunggu tu dengarlah nyanyian yang didendangkan.
Ada lagu Melayu, lagu loghat negori dan ada juga lagu jawa 😁.
Suara penyanyi ok jugalah.
Pentas di ruang tengah Evo Mall |
Selain dari pentas ini terdapat juga gerai-gerai jualan pakaian untuk hari raya yang bakal menjelma. anataranya baju kurung dan jubah, baju kurung kanak-kanak agak banyak pilihan, kain pelekat, kuih-kuih juga boleh didapati di situ.
Pengunjung boleh meletakkan kereta di aras 4 dan 5 dan berkunjung ke Parkson di aras 3 hingga aras 1, manakala aras bawah adalah Aeon Max Value, Aeon Wellness dan Daiso.
Ulasan
Catat Ulasan