Ramadhan @ Bandar Baru Bangi

31 Mei 2018

15 Ramadhan 1439

Sudah separuh bulan Ramadhan berlalu, syukur Alhamdulillah.

Awal Ramadhan yang lalu cuaca agak panas, tetepi semenjak dua hari lalu cuaca agak suram, mendung dengan hujan di sebelah petangnya. Sejuk mata memandang dan kurang lelah anak-anak berpuasa. 

Seperti biasa Bandar Baru Bangi menjadi tumpuan apabila Ramadhan bilamana ramai yang berkunjung ke butik-butik atau restoran untuk juadah berbuka puasa.  Bila sampai sahaja hari minggu, Bandar Baru Bangi ini akan sesak dan penuh dengan kenderaan. 

Pemandangan Bangi Sentral dari Evo Soho Suites di Bandar Baru Bangi pada 26 Mei 2018.
Sumber Gambar: Farhan Hassan Basri 

Pemandangan Persiaran Bangi, Kompleks PKNS dan Seksyen 8 dari Evo Soho Suites.
Sumber gambar: Alan Kong 


Seeloknya dan digalakkan warga Bangi sendiri jika ingin ke Bangi Sentral, Evo Mall, Bangi Gateway atau Ostia perlulah pergi awal pagi atau naiklah motor. Mudah sedikit, cuma baranglan jika banyak payahlah sikit nak bawa. 



Sudut pandaang dari sebuah kenderaan di Persiaran Bangi.
Sumber gambar dari Fb Page Bandar Baru Bangi Community.


Parking Evo mall jadi tumpuan.
Sumber: Alan Kong

Macam saya ni, jenis membeli belah secara tradisional dan nak melihat barang dahulu sebelum membelinya. Ada payah sikitlah. 

Selain memberli belah atau bershopping di hujung minggu dalam bulan Ramadhan ni biasanya pengunjung-pengunjung akan langsung berbuka di restoran-restoran sekitar Bangi Sentral, Seksyen 15 Bangi, Bangi gateway dan Ostia Bangi. 

Terdapat banyak restoran yang menawarkan set berbuka puasa buffet Ramadhan antara yang dinantikan adalah Menate Steak House, Jahhet, Red Card, Red Wok, QNA Republic. Setiap kali lalu sewaktu balik kerja atau dihujung minggu sokmo penuh tempat-tempat ni. Ada yang buat tambahan ruang menggunakan khemah khas untuk iftar Ramadhan.

Selain dari itu ada juga pilihan buffet di hotel-hotel di sekitar antaranya Tenera Hotel, Bangi Putrajaya Hotel, tidak ketinggalan juga hidangan alacarte dikebanyakan restoran terkenal di Bandar Baru Bangi ini. 


Belum berkesempatan membeli belah untuk Syawal ini, tema pun belum ditentukan. Mungkin selepas peratus GST dikosongkan bermula 1 Jun ini.






Ulasan