Agak lama menyepi dari menulis di blog ini, hari ini pula sempat menulis dan ingin kongsikan mengenai restoran makanan Barat di Bandar Baru Bangi selain dari Restoran Menate di Seksyen 9.
Kali in berkunjung ke Restoran Jahhet di Seksyen 15, pertama kali pergi dengan abang dan anak-anak.
Sampai sahaja kami meletakkan kenderaan di sisi jalan yang berpagar berdekatan dengan Restoran Jahhet.
Restoran ini menggunakan latar belakang berwarna kuning dan dekor yang ringakas. Meja dan kerusi kayu. Terdapat ramai pengunjung pada waktu itu, ada diantaranya keluarga besar menyambut hari jadi atau birthday anaknya.
Memilih sebuah meja berdekatan dengan gambar mural yang menunjukkan nama-nama bahagian-bahagian kambing dan En. I mula memilih daging di peti sejuk beku yang tersedia dibahagian dalam.
Pilihan daging kambing dan daging lembu serta beberapa hidangan sisi.
Tak sempat nak ambil gambar makanan yang dipesan huhuhu.
Jadi mengulang lagi berdua dengan En. I selang sebulan selepas makan malam tersebut.
Kali ini ada ambil gambar.
Untuk saya, grain fed steak dan sisi kentang putar dan kobis dengan mayonis.
Oleh kerana ada masa, kami memesan pencuci mulut iaitu kek coklat bersama aiskrim dan marshamallow.
Itulah sahaja pengalaman di Jahhet setakat ini.
Di bulan Ramadhan ini pastinya ada promosi-promosi ramadhan. Maka peminat makanan barat yang ingin mencuba bolehlah berkunjung ke Jahhet.
Katanya pemilik bernama Pak Mus.
Jahhet berdekatan dengan Bangi Gateway, apabila masuk ke Bangi Gateway terus sahaja ke belakang melepasi pusingan atau roundabout kecil terus sahaja dan lihat sebelah kanan.
FBpage Jahhet disertakan di SINI JAHHET FINE MEAT
Kali in berkunjung ke Restoran Jahhet di Seksyen 15, pertama kali pergi dengan abang dan anak-anak.
Sampai sahaja kami meletakkan kenderaan di sisi jalan yang berpagar berdekatan dengan Restoran Jahhet.
Restoran ini menggunakan latar belakang berwarna kuning dan dekor yang ringakas. Meja dan kerusi kayu. Terdapat ramai pengunjung pada waktu itu, ada diantaranya keluarga besar menyambut hari jadi atau birthday anaknya.
Memilih sebuah meja berdekatan dengan gambar mural yang menunjukkan nama-nama bahagian-bahagian kambing dan En. I mula memilih daging di peti sejuk beku yang tersedia dibahagian dalam.
Pilihan daging kambing dan daging lembu serta beberapa hidangan sisi.
Menikmati makanan sampai dahulu.
Jadi mengulang lagi berdua dengan En. I selang sebulan selepas makan malam tersebut.
Kali ini ada ambil gambar.
Jahhet Nachos dan Kopi |
Memesan Nachos sebagai permulaaan "entre", dan memilih grain fed dan grass fed bersama air. Saya memilih aneka kopi. Manakala En. I memilih jus.
Minuman dan kopi boleh ditambah jika membuat pesanan "steak" selain dari itu ianya adalah "ala carte" dan perlu pesan air lain dan tidak boleh tambah.
Jahhet Grain fed steak |
Jahhet Grass Fed |
Untuk En. I, Jahhet Grass Fed dengan pilihan makanan sisi yang sama . Pilihan lain makanan sisi atau side dishes ini adalah kentang goreng atau kacang buncis samada bersama kentang putar dan kobis bermayonis "coleslaw".
Oleh kerana ada masa, kami memesan pencuci mulut iaitu kek coklat bersama aiskrim dan marshamallow.
Itulah sahaja pengalaman di Jahhet setakat ini.
Di bulan Ramadhan ini pastinya ada promosi-promosi ramadhan. Maka peminat makanan barat yang ingin mencuba bolehlah berkunjung ke Jahhet.
Katanya pemilik bernama Pak Mus.
Jahhet berdekatan dengan Bangi Gateway, apabila masuk ke Bangi Gateway terus sahaja ke belakang melepasi pusingan atau roundabout kecil terus sahaja dan lihat sebelah kanan.
FBpage Jahhet disertakan di SINI JAHHET FINE MEAT
Ulasan
Catat Ulasan