Jumaat lalu, habis je kerja-kerja dipejabat berkemas-kemas nak balik dan terasa lapar pula. Lagipun nak balik ke kampung jadi sebelum balik ke kampung singgah sekejap ke AEON Max Value Evo Soho.
California Maki ni biasanya disaluti telur ikan berwarna oren (ebiko).
Harganya boleh tahan lagilah RM 15.90 untuk California Maki.
Manakala, Avocado Maki isinya sama seperti California Maki bezanya ianya di salut Avocado dibahagian atas dan bukannya Ebiko.
Salmon slice biasanya disediakan dengan hirisan timun dan lemon.
Semuanya disediakan didalam bekas plastik dan disertakan juga dengan kicap masin dan sepeket wasabi.
Kesemuanya telah tersedia di dalam almari kaca dan haya tunjuk sahaja, jurujual akan ambil dan dibawa kekaunter.
Selain tu ada membeli takoyaki sotong berharga RM5.90 untuk 4 biji takoyaki panas.
Sementara menunggu takoyaki masak pergi melihat-lihat bahagian roti, terbeli juga 😁.
Adeh banyak pula.
Itulah katanya pembelian tak dijangka di Aeon Max Value Evo Mall ni.
Selesai membuat pembayaran pusing-pusing pula dibahagian makanan basah, buah-buahan dan sayuran.
Sayurannya segar-segar dan dijual RM1.00 mungkin kerana promosi.
Jika tak kerana nak balik ke kampung dah, pasti dah beli sayur bayam bang 2ikat.
Diluar pula kelihatan Iklan Big Apple, mungkin ianya akan dibuka tidak lama lagi.
Selain di Aeon Max Value ini, ada beberapa tempat lagi boleh menikmati sushi, antaranya Sushi King di Bangi Gateway, Miyagi di Seksyen 9 dan 1 lagi restoran di Seksyen 6.
Gambar-gambar sushi lain kali up, sebabkan lapor lupa nak ambil gambar sushi-sushinya.
ofis AD hari hari ade sushi..heee dlu jakun kejap...hari hari beli..sekarang bila teringin je..hehehe
BalasPadamHuhu, ada masanya begitukan. Bila teringin sekali sekala ok. Ramai juga peminat sushi kat Bandar Baru Bangi ni. Harap dibuka lagi 1 atau 2 kedai kopi atau kopitiam di Evomall ni.
Padam