AEON Max Value Di Evomall Bandar Baru Bangi

AEON Max Value telah dibuka pada Jumaat minggu lalu di EvoMall Bandar Baru Bangi iaitu pada 19 Januari 2018.

Begitu ramai yang datang ke Pra Pembukaan tersebut dan perlbagai aktiviti disediakan, ada banyak unit-unit yang masih kosong.

Yang dibuka bersekali dengan AEON Max Value adalah Daiso, Aeon Wellness, Manhattan Fish Market, The Hob, Focus Point. Selebihnya seperti Samsung, Vivo,  dan jenama yang ditunggu-tunggu seperti Parkson yang mengambil Tingkat 1 hingga Tingkat 3 akan dibuka pada tarikh yang lebih terkemudian.

Ada menjenguk ke Aeon Max Value pada petang Sabtu yang lalu, agak ramai juga yang hadir ke AEON Max Value di Evo Mall Bandar Baru Bangi ni.

Jadi dapat pi sekejap aja.

Konsep dan persembahan atau display barang-barangan sangat menarik, oleh kerana ingin masak masakan ringkas tomyam di EVOSOHO maka belilah Lala 100gm lebih kurang RM1.70 dan bahan-bahan lain. Mungkin ada promosi pembukaan ada barangan yang dipromosi.

Tapi Nescafe Gold kegemaran di jual agak mahal di sini.


Jika di 99 Speedmart ada jimat lebih kurang RM4/-. Jadi tak belilah Nescafe Gold tu.

Selain itu ada bahagian kek, gelato & aiskrim. Terdapat juga kiosk-kiosk masakan panas.

Disini dikongsikan gambar-gambar yang diperoleh dari facebook EVO Bangi untuk tatapan semua.

Aeon Max Value Evomall perlancaran awal 19 Januari 2018




Wah, ini bos-bos besar mari merasmikan.





Aeon Wellness Ground Floor Evo Mall




Di Seksyen 9 berdekatan Papparich ada Watson kini ada AEON Wellness pula.





Daiso di Evo mall Bangi


Bagi penghuni Evo Soho kini mudahlah, nak beli apa-apa barang boleh turun je ke aras bawah.





Pelbagai program di Evo Mall Bangi





Ni hadiah-hadiah misteri oleh pihak pengurusan EVO Mall, kena beraturlah.
Ada macam-macam aktiviti dihari tersebut.



Hadiah misteri sempena hari praperlancaran Evo Mall 


Jika di Seri Bangi ada masakan negori masak lemak cili padi.

Kini, Manhanttan pun ada di Evo mall Bandar Baru Bangi.  Jadi jika teringin tak perlulah nak jauh-jauh ke IOIMall tu, di Evo mall pun ada.



The Manhattan Fish Market (MFM) di Evo Mall Bangi


Gambar-gambar sumber dari fb page EVO Bangi, boleh dicapai di EVO BANGI




Setakat ini laporan bagi perkembangan Evomall dan Evosoho di Bandar Baru Bangi untuk hari ini.

Dengarnya Gedung Jakel terbesar akan dibuka di OSTIA Bandar Baru Bangi.






Menulis sambil menikmati kek Almond dari IKEA 

Ulasan