Bandar Baru Bangi semakin hidup dengan siapnya EVOSOHO dan EVOMALL.
Perniagaan dijangka semakin rancak di Pusat Bandar.
Menurut satu sumber EVOMALL dijangka beroperasi pada 19 Januari 2018 nanti (tarikh mungkin berubah).
Oleh itu terdapat banyak potensi pekerjaan yang bakal ditawarkan bagi memenuhi keperluan di EVOMALL. Ada 3 tunggak utama Evomall, pasaraya, pusat makanan atau foodcourt dan pusat permainan bowling.
Jenama-jenama besar yang utama yang telah mengesahkan tempat di EVOMALL adalah AEON Max Valu di aras bawah (Ground Floor).
Aeon Max Valu merupakan rangkaian pasaraya menjual barang-barang pengguna yang setara dengan Cold Storage. Setakat hari ini, AEON Max Value telah siap diubahsuai di EVOMall. Terasa sangat teruja melihat perkembangannya.
Manakala, Parkson merupakan gedung pasaraya yang sememangnya dikenali oleh rakyat Malaysia. Parkson akan mengambil ruang dariAras satu hingga Aras tiga, di Kompleks EvoMall di Bandar Baru Bangi.
Jenama lain seperti SENHENG, SENQ, DAISO, syarikat Telekomunikasi seperti Digi, Celcom , Umobile dan banyak lagi. Oleh itu digalakkan memerhatikan iklan-iklan jawatan dari Bandar Baru Bangi. Antara pekerjaan yang mungkin diperlukan adalah pengurus, jurujual, juruwang (cashier), juruelektrik, pengurus stor, akaun, dan penjagaan bangunan.
Rujuk EVOMALL untuk maklumat lanjut dan juga laporan oleh akhbar NST pada 1 June 2017 di SINI NST
Selain dari itu, Hospital Annur Specialist di kawasan Bangi Gateway dijangka akan memulakan operasi pada pertengahan 2018. Melalui satu laporan akhbar bangunan Hospital Annur tersebut telah dibeli oleh Tabung Haji dan dipajakkan semula kepada pengendali Hospital Annur Specialist. Oleh itu, dijangka ada banyak peluang pekerjaan yang berkaitan perubatan bakal ditawarkan nanti.
Laporan akhbar berita harian boleh dirujuk di SINI.
Ekstrak dari laporan tersebut adalah seperti dibawah.
"Selain itu, katanya, ia satu lagi inisiatif memperkasakan Agenda Pembangunan Bumiputera TH dalam usaha meningkatkan pembabitan golongan Bumiputera Muslim dalam sektor kesihatan dan perubatan negara.
" Hospital ini juga turut mendukung inisiatif kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan melaksanakan industri pelancongan kesihatan yang menjadi sumber pendapatan negara, termasuklah menyediakan 'end-to-end service' kepada pelancong kesihatan ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian perjanjian jual beli hospital itu, di sini.
Pada majlis sama, TH turut memeterai perjanjian pajakan bangunan HPAN dengan Medic lG Holdings Sdn Bhd untuk tempoh 21 tahun.
Perjanjian jual beli dan pajakan itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekulif TH, Datuk Seri Johan Abdullah; Pengarah Bangi Gateway Medical, Datuk A Rahman Safar dan Pengerusi Medic lG Holdings, Mohd Adam Mohd Said."
Sumber: Berita Harian 4 Disember 2017 oleh Oleh Suffian A Bakar (suffian@bh.com.my)
Jadi sesiapa yang sedang mencari kerja sila perhatikan iklan-iklan berkaitan EVOMALL dan Hospital Annur Hasanah ya.
Wah, sebenernya pengen sih kerja di malaysia. Cuma masih bingung. kelurga gak ada yang nemenin. Saya bantu share aja ke temen saya. Barang kali ada yang minat. Thanks ya info lowongannya :D
BalasPadamIni di kawasan Bandar Baru Bangi, di tempat yang lain di Malaysia mungkin ada juga.
PadamSaya rasa kamu sudah berkerjaya kan?
Bagus Bagus telekomunikasi dah datang ke Evo. Idak jauh nak kena pegi bayar bil.
BalasPadamKan!
PadamSekarang ni perlu ke KIPMall atau Metro Kajang, jika ada di EvoMall lebih mudah.
Oklah dah ada pasaraya baru di Bangi. Dulu memang pergi ke Metro Kajang atau Warta sahjalah. Dah ada Hospital Annur Specialist nanti pasti lagi membangun kawasan Bangi.
BalasPadamBoleh try tgk vacancy sini pulak hehe
BalasPadamHaven been to Bangi for a long time, good to know there are new developments.
BalasPadambaguslah untuk anak-anak lepas spm boleh kerja sementara tunggu result
BalasPadamBgus la banyak ruang pkerjaan yg bakal ada. Sebab skrg ni pun banyak yang menganggur kan
BalasPadamjarang-jarang pergi ke Bangi ni, dulu2 jelah selalu gi UKM lepas tu macam takde sebab nak ke sana, tapi sekarang bangi dan membangun, macam-macam ada kan, butik2 pun banyak dibangi.
BalasPadamyanmieonline.com
Banyak berubah Bandar Baru Bangi ni. Sunway Gandaria juga sedang di bangunkan, ianya 38 tingkat.
PadamSekarang, merata-rata dah peluang pekerjaan. Penjaga butik pun ada juga, nak tak nk je orang zaman ni.
BalasPadamNot bad , good to know that ! Thanks for sharing
BalasPadamYaya suka bila ada macam2 pembangunan kat persekitaran sebab makin banyak peluang perkerjaan. Kemudahan untuk kita juga huhu
BalasPadamThat is a good news as many of new generation still jobless. Hopefully next year will be better
BalasPadamX sabar nak tggu evomall beroperasi.org lain suka jelajah negeri, negara atau dunia tp sy sgt suka menjelalah di dalam mall.hahaha
BalasPadam